Pages

Friday, December 20, 2013

Wee Ka Siong Jangan Biadap


"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO.

Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain."

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Tuesday, December 17, 2013

Pemuda UMNO Bantah Menteri Kabinet Tak Sensetif


Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol.

“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.

Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

“Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya.

Wednesday, December 4, 2013

Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2013


KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013
1 SAFAR 1435 / 4 DISEMBER 2013
8.30 PAGI, DEWAN MERDEKA, PWTC

“BERSEDIA UNTUK ESOK”

Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap,
Wakil-wakil Majlis Tertinggi:
YAB Dato’ Seri Ir. Haji Idris Haron
YB Dato’ Seri Idris Jusoh
YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek
Yang Berbahagia Saudara Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Para Perwakilan dan Pemerhati

Melayu itu kalau merantau sampai ke Deli
Kalau berperang sampai ke rawan
Kalau mempertahan putih sumsum tulang
Kalau menjajah langsung jadi pahlawan
Dari Riau ke Selat Melaka
Dari Palembang ke Tanah Jawa.

Melayu baru bila berfikir jadi Dr. Maza
Bila berseni indie, jadi Wani Ardy
Bila bikin muzik jadi Yuna
Bila menyanyi dengan sopan… jadilah Siti Nurhaliza

Melayu itu halus
Bila marah menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Jangan lupa tempelak Usman Awang
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tapi itu Melayu yang dulu
Melayu sekarang melanggar pantang
Kadang tersadung adat dan sopan
Menata merdeka menonggak wawasan

Melayu hari ini Melayu cemerlang
Gah bak helang menyongsong awan
Minda progresif menakhoda masa depan
Jadi obor menyuluh zaman

Alhamdullilah, segala puji-pujian untuk Allah S.W.T, Tuhan yang maha pemurah lagi penyayang. Juga selawat dan salam ke atas junjungan terpuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat. Kita mensyukuri rahmat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bertemu pagi ini di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke 61.

Jika di perhimpunan tahun lepas, kita sibuk melurus barisan, mengatur strategi, untuk menghadapi PRU13 – pilihan raya paling getir dalam sejarah UMNO, tahun ini, saya mulakan dengan setulus terima kasih kepada seluruh jentera Pemuda UMNO. Anda semua tak kenal siang malam, tak hirau penat di badan, ketika mengharungi pilihan raya Mei lepas. Bukan calang-calang rintangan yang kita tempuh, tanpa Pemuda di barisan hadapan, belum tentu kita menang, silap haribulan boleh kecundang!

Tuesday, December 3, 2013

Muzakarah : Pemuda UMNO Terbuka Tapi Jangan Main Politik Sorong Tarik


Pemuda UMNO hari ini menyatakan keterbukaan berhubung isu muzakarah antara parti itu dengan Pas dan melihat jika tawaran itu dibuat secara ikhlas dan  jujur  demi masa depan umat Islam.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata usaha ke arah itu biarlah dilaksanakan tanpa prasyarat yang terlalu berat untuk kedua-dua belah pihak.

“Kita terbuka dalam isu muzakarah dan kita lihat kalau sekiranya tawaran itu dibuat secara ikhlas, secara jujur maka kita menyokong sebarang usaha untuk melihat kedua-dua parti terbesar Melayu di negara ini untuk membincangkan demi masa depan negara dan juga demi masa depan umat Islam.