TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Monday, March 17, 2014

KISAH KJ DAN FMFA


Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes kematian yang berlaku di konsert Future Music Festival Asia.

Saya amat bimbang jika pengambilan dadah menjadi trend dan pilihan anak-anak muda untuk berhibur kerana kita sendiri telah menyaksikan daripada enam yang telah meninggal dunia serta tiga lagi yang kini kritikal di hospital, mereka masih muda. Mereka sudah tentunya mempunyai masa depan yang cerah, jika kehidupan mereka tidak berakhir begitu.

Oleh kerana kematian mereka sudah dikaitkan dengan kes dadah berlebihan, saya amat berharap agar pihak polis dapat mengesan dan menangkap pihak yang menjual dadah ini, khususnya dalam insiden Future Music Festival Asia sehingga mengakibatkan kematian. Sindiket-sindiket ini tidak boleh dilepaskan.

Wednesday, March 12, 2014

Timbalan Presiden Mahu Pemuda Jihad di Kajang




Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa seluruh jentera Pemuda BN supaya memastikan kemenangan calon BN Chew Mei Fun di Kajang.

Beliau yang berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN di Kajang semalam melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional mampu melakarkan kemenangan menewaskan pencabar Datin Seri Wan Azizah calon dari PKR.

Keyakinan itu berdasarkan semangat barisan pemuda BN yang tetap setia dan utuh bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memastikan nasib rakyat khususnya di Kajang terus terbela.