TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Recent Posts

Tuesday, July 30, 2013

Khir Toyo Terkenang Kekalahan Kepada KJ Hingga Ke Hari Ini?



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, Pemuda Umno perlu ketua baru kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah gagal menarik pengundi muda terutama kaum Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Kata calon Ketua Pemuda pada tahun 2009 itu, Pemuda Umno memerlukan pemimpin baru yang ada idea baru untuk mengundi BN lima tahun lagi.

“Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.“Khairy hebat kerana beliau menang dalam pilihan raya, manakala jawatan Menteri Belia adalah jawatan peribadi.“

Monday, July 29, 2013

Pemilihan UMNO 2013:Adakah Anda Seorang Kawan Yang Setia?


BERAPA RAMAI DI ANTARA KITA ADALAH KAWAN YANG SETIA???
DAN BERAPA RAMAIKAN KAWAN SETIA YANG KITA ADA...

ST4Jasin

Masih kah kalian ingat di satu masa ketika TS Sanusi Junid naik ke pentas di persidangan UMNO berbelas tahun dahulu?.

Antara kata Tan Sri Sanusi Junid ada lah  "Saya Lah Kawan Yang Setia".

Asal usul tersebut nya perkataan itu atas sebab TS Sanusi Junid menyoal betapa perangai dan sikap buruk perangai pemimpin UMNO.

Khairy Sokong Jawatan Ketua Pemuda Umno Dipertandingkan


Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan dalam pemilihan parti dijadual Oktober ini.

Memetik laporan Bernama, Khairy berkata, jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.

"Saya menghormati pandangan dari akar umbi kalau mereka mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan, mengikut kepada pindaan perlembagaan parti kita," katanya kepada pemberita semasa mengadakan ziarah mesra ke kawasan perumahan Taman Pinggiran Senawang di sini hari ini.

PEMUDA UMNO LEMBIK!!!???


BEBERAPA tahun kebelakangan ini, saya melihat beberapa Yang Berhormat yang sangat hebat berpidato dengan fakta ketika di Parlimen, sehinggakan wakil-wakil pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim sendiri, Saifudin Nasution, Sallehudin Ayub dan lain-lain menghadapi masalah untuk membalas semula.

Namun begitu, apabila Yang Berhormat ini dilantik sebagai Timbalan Menteri, saya sangat terkejut apabila saya dapati hujah dan pidatonya di dalam Parlimen menjadi hambar, berskema dan tidak lagi seperti sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri. Akhirnya, dia tewas pula dalam PRU13!

Apa yang saya bimbangi ialah senario ini seperti berjangkit kepada Ketua Pemuda UMNO. Ada pembaca memberi komen kononnya saya mempunyai dendam kepada beliau, sebenarnya saya tidak pernah ada apa-apa hubungan politik mahupun kerja dengan beliau. Saya menulis untuk menguatkan elemen Pemuda UMNO. Jika Pemuda lembik, itu namanya apa ya...Dan jika bukan kita mengkritik, siapa pula! 

Sunday, July 28, 2013

Masa Untuk Rakyat Desak Anwar Undur Dari Arena Politik


Sampai bila kita mahu diperbodohkan dan diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim.  Beliau terlalu memandang rendah pemimpin dan rakyat Malaysia.

Janji demi janji yang membohongi dan mendustai rakyat terus ditabur oleh Anwar tanpa rasa malu dan keji sedikitpun. Dan beliau sentiasa berpendapat beliau mampu lepas dari apa sahaja janji dan kesalahan dengan memutarbelitkan fakta sewenang-wenangnya.

Penulis terpanggil untuk mengulas isu ini berikutan dengan tindakan Perdana Menteri Australia  Julia Gillard yang menunaikan janji beliau untuk meninggalkan arena politik apabila telah kalah kepada Kevin Rudd sebagai Ketua Parti Buruh. Walaupun beliau bukan beragama Islam namun beliau mengotakan janjinya.

Pemilihan UMNO Guna Kaedah Seperti Pilihan Raya


PUTRAJAYA, 27 Julai – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata proses pemilihan baharu UMNO akan mengguna pakai kaedah seperti pilihan raya bagi memilih pucuk pimpinan parti.

“Kita akan buat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita ada jawatankuasa pemilih untuk pusat, jawatankuasa pemilih untuk negeri. Negeri akan jaga untuk bahagian-bahagian. Pusat akan jaga untuk jawatan pusat.

“Semua kertas undi akan disediakan oleh ibu pejabat dan diagihkan. Mereka akan pangkah seperti pilihan raya. Tetapi SPR tidak hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Muda Ramadan Khatam al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Antara “Arab Spring”, Demokrasi Dan Pemimpin Lidah Bercabang


Anwar Ibrahim berada dalam keadaan dilema untuk menyatakan pendirian yang telus dan ikhlas dalam insiden kudeta di Mesir oleh tentera terhadap Presiden Mohammed Morsi.

Ketika kumpulan Islamik, Ikhwan Muslimin, berjaya menumbangkan rejim Presiden Mubarak lebih setahun yang lalu, Anwar menganggapnya sebagai satu kejayaan besar siri revolusi ‘Arab Spring’ yang didokong kuat oleh kuasa rakyat.

Sebelum Mesir, ‘Arab Spring’ juga berjaya menurunkan rejim-rejim Arab yang dianggap bersifat diktator di Tunisia dan juga Libya.

Kemenangan BN Dalam PRK Kuala Besut Bukti UMNO Masih Menyerlah – PM


PUTRAJAYA, 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah.

Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

“Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.

Pemilihan MT 5 Oktober, Perhimpunan Agung UMNO 2 – 7 Disember


KUALA LUMPUR, 26 Julai – Pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung pada 5 Oktober depan dengan Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan bermula 2 hingga 7 Disember 2013, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Tahun ini adalah tahun pertama perlembagaan baru UMNO akan dikuatkuasakan, justeru kaedah pemilihan jawatan-jawatan dalam parti adalah berdasarkan kepada Perlembagaan baru,” katanya.

Ujar beliau, pendaftaran calon bagi semua jawatan sama ada di peringkat ahli MT, peringkat Bahagian dan peringkat pergerakan sayap-sayap akan diadakan pada 7 September (Sabtu) di Badan Perhubungan UMNO Negeri.