BERAPA RAMAI DI ANTARA KITA ADALAH KAWAN YANG SETIA???
DAN BERAPA RAMAIKAN KAWAN SETIA YANG KITA ADA...
ST4Jasin
Masih kah kalian ingat di satu masa ketika TS Sanusi Junid naik ke pentas di persidangan UMNO berbelas tahun dahulu?.
Antara kata Tan Sri Sanusi Junid ada lah "Saya Lah Kawan Yang Setia".
Asal usul tersebut nya perkataan itu atas sebab TS Sanusi Junid menyoal betapa perangai dan sikap buruk perangai pemimpin UMNO.
Di ketika Tengku Razaliegh Hamzah mencabar Tun Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO tersebar luas konon nya Tengku Razaliegh Hamzah akan menang dan Tun Mahathir akan "bungkus".
Oleh sebab tabiat dan perangai orang UMNO hanya mahu bertempek kepada yang konon nya akan menang maka mereka malu untuk kelihatan bersama Tun Mahathir. Amat sedikit sahaja orang orang yang menghampiri Tun Mahathir di ketika itu.
Pada saat saat hampir persidangan UMNO Tun Mahathir hampir di pinggirkan , amat kurang yang mahu menaliponnya atau melawat dan bersama dengan nya.
Tetapi orang semacam TanSri Sanusi Junid bukan jenis orang yang macam itu.Dia bukan jenis "a dime a dozen" bukan jenis 5 sen dapat seguni. Dia tetap setia pada kawannya, tidak segan kelihatan bersama sama dan masih berkunjung berjumpa Tun Mahathir. Sikap biar sama sama naik biar sama sama jatuh ada pada orang semacam TS Sanusi Junid ini.
Itu lah terpacul perkataan "saya ada lah kawan yang setia" ketika berucap di persidangan UMNO itu.
Kalian boleh dapat wang yang banyak jika rajin bekerja, tetapi kalian amat sukar untuk dapat kawan yang setia.
No comments:
Post a Comment