Pages

Monday, July 29, 2013

PEMUDA UMNO LEMBIK!!!???


BEBERAPA tahun kebelakangan ini, saya melihat beberapa Yang Berhormat yang sangat hebat berpidato dengan fakta ketika di Parlimen, sehinggakan wakil-wakil pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim sendiri, Saifudin Nasution, Sallehudin Ayub dan lain-lain menghadapi masalah untuk membalas semula.

Namun begitu, apabila Yang Berhormat ini dilantik sebagai Timbalan Menteri, saya sangat terkejut apabila saya dapati hujah dan pidatonya di dalam Parlimen menjadi hambar, berskema dan tidak lagi seperti sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri. Akhirnya, dia tewas pula dalam PRU13!

Apa yang saya bimbangi ialah senario ini seperti berjangkit kepada Ketua Pemuda UMNO. Ada pembaca memberi komen kononnya saya mempunyai dendam kepada beliau, sebenarnya saya tidak pernah ada apa-apa hubungan politik mahupun kerja dengan beliau. Saya menulis untuk menguatkan elemen Pemuda UMNO. Jika Pemuda lembik, itu namanya apa ya...Dan jika bukan kita mengkritik, siapa pula! 

Nasehat saya ialah, Ketua Pemuda mesti belajar menapis kata-kata manis yag disampaikan kepadanya. Jika Negarawan Tun Dr. Mahathir sudi menerima dan mendengar pandangan saya, membaca dan membalas surat-surat saya, mengapa Ketua Pemuda tidak!

Apabila seorang Guru Besar yang bermati-matian membantu kemenangan UMNO dalam PRU13 baru-baru ini mengalami tekanan politik daripada pihak pembangkang seperti oleh Lim Guan Eng sendiri, saya sagat hairan kenapa Ketua Pemuda UMNO berdiam diri. Hanya baru-baru ini sahaja Exco Pemuda UMNO bersuara bagi pihak Pemuda UMNO, itupun agak lambat, bagi saya sepatutnya Ketua Pemuda UMNO harus ke depan dan terkedepan, bukannya wakil.

Saya sangat bimbang apakah beliau turut dijangkiti sindrom bisu sebagaimana cerita Yang Berhormat di atas tadi. Jika saya tidak menulis dan memberi pandangan saya, siapa lagi mahu menegur Ketua Pemuda UMNO!

Anwar Ibrahim

Perkara yang sama berlaku kepada DS Anwar Ibrahim. Sebelum menjadi Ketua Pemuda UMNO, Anwar mengetuai Demostrasi di Kuala Lumpur (1970an) menentang penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin di papan-papan iklan. Malangnya apabila dilantik ke jawatan Ketua Pemuda(1982) dan menjadi Timbalan Menteri (1983), Anwar lupa semua itu dan membisu dalam banyak isu Melayu dan Islam! Anwar telah hadir di Kota Kinabalu semasa Mesyuarat Agung USNO kerana ada cadangan ahlinya supaya membawa UMNO masuk ke Sabah (1986), Apakah releven Anwar hadir ketika itu kerana dia bukan ahli USNO!

Sebab itu saya katakan Ketua Pemuda UMNO sekarang jauh ketinggalan jika hendak dibanding dengan Syed Jaafar Albar, yang datang ke Singapura memprotes ketidakadilan pemerintah PAP kepada orang Melayu Singapura dahulu.

Jika kita renung semula Pemuda pasca 1998, kita boleh memberi tabik kepada DS Hishamudin walaupun dikata bermacam-macam di alam maya, namun beliau berjaya membina kekuatan Pemuda UMNO sehingga berjaya memenangkan UMNO dan BN dalam PRU 1999 ketika itu dengan lebih 2/3. Walaupun DS Hishamudin dikecam kerana menghunus Keris Melayu, apakah Ketua Pemuda sekarang berani mencium Keris Melayu, salah satu lambang Kedaulatan bangsa Melayu?

Ketika Datuk Zahid Hamidi Ketua Pemuda UMNO, beliau mempunyai keberanian untuk bercakap isu Kronisme, Kolusi dan Napostisme. Sifat berani beliau terbawa-bawa sehigga ke hari ini apabila beliau dengan tegas merombak KDN dengan memperkasa kuasa-kuasa yang ada di KDN. Saya melihat ulasan-ulasan Lim Kit Siang seakan-akan ketakutan dengan ketegasan beliau.

Kini timbul lagi isu filem elemen menyanjung orang-orang Komunis di negara Malaysia! Mana suara Ketua Pemuda? Jika ada, apa tindakan Ketua Pemuda? Sebaik-baiknya, dengan kemenangan besar di Rembau baru-baru ini, dengan perlantikan sebagai Menteri Penuh sekarang ini, dan dengan kekuatan sumber kewangan, orang-orang Melayu dan umat Islam pasti tertanya-tanya kenapa Ketua Pemuda masih membisu dalam kedua-dua isu besar ini? Apakah terberjangkit sindrom bisu!

Ulangan, saya sangat bimbang apakah beliau turut dijangkiti sindrom bisu sebagaimana cerita Yang Berhormat di atas tadi. Jika saya tidak menulis dan memberi pandangan saya, siapa lagi mahu menegur Ketua Pemuda UMNO!

Ulangan kedua, Saya menulis untuk menguatkan elemen Pemuda UMNO. Jika Pemuda lembik, itu namanya apa ya...Dan jika bukan kita mengkritik, siapa pula! Nasehat saya ialah, Ketua Pemuda mesti belajar menapis kata-kata manis yag disampaikan kepadanya. Jika Negarawan Tun Dr. Mahathir sudi menerima dan mendengar pandangan saya, membaca dan membalas surat-surat saya, mengapa Ketua Pemuda tidak!

No comments:

Post a Comment