Pages

Tuesday, August 6, 2013

Anwar Ibrahim "Ibu" Segala Penghina Agama Islam Di Malaysia


Isu moral rakyat Malaysia yang semakin ‘gemar’ menghina agama Islam secara terang-terangan seolah-olah tidak terbendung dari sehari ke sehari.

Sebelum ini, kita dikecohkan dengan gelagat pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang tanpa berselindung menghina umat Islam ketika umat Islam baru sahaja menerima kunjungan bulan mulia, bulan Ramadhan.

Kemudian, kita dikejutkan juga dengan satu video oleh seorang wanita Islam yang membela anjing dan mengambilkan wuduk untuk anjing-anjingnya sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Secara tidak langsung, tindakan wanita itu, Maznah Mohd Yusof atau Chetz juga menghina Islam.

Jadi, dalam isu Chetz menghina Islam, SKMM dan JAKIM telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya kepada wanita itu agar dapat dijadikan pengajaran buat sesiapa pun yang berbeza latar belakang agama, bangsa dan kaum untuk tidak sewenang-wenangnya menghina mana-mana agama.

Namun, tindakan JAKIM yang mengambil tindakan terhadap Chetz tidak disenangi oleh Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengecam JAKIM sebagai memilih ‘bulu’ bagi menangani isu menghina agama.

Pertamanya, kenyataan Anwar mengatakan JAKIM memilih ‘bulu’ adalah sukar untuk ditafsirkan. Ini kerana, sekiranya JAKIM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Chetz, barulah tuduhan JAKIM sebagai memilih ‘bulu’ layak diberikan kerana mungkin wanita itu beragama Islam dan tidak mahu menunjukkan orang Islam juga layak dikenakan tindakan atas kesalahan akhlak dan moral. Ia akan menunjukkan lebih lagi JAKIM sebagai berat sebelah kerana mengambil tindakan hanya kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seperti Alvin dan Vivian tetapi mendiamkan kes Chetz.

Keduanya, kecaman dan tuduhan Anwar kepada JAKIM sebagai memilih ‘bulu’ punyai matlamat yang terselindung. Kita sendiri sedia maklum, fahaman Anwar tentang Islam adalah mencakupi Islam yang liberal di mana sekarang ini ajaran Islam menurut Anwar adalah seharusnya terkandung keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi yang amat sesuai dilaksanakan di dunia Muslim.

Kita sendiri tahu, Anwar mempunyai lidah yang petah berbicara dan sekiranya kita membenarkan beliau berbicara tanpa ada sebarang tapisan logik akal kita sendiri, kita juga hanyut dengan ideologi dan pendapat dirinya. Anwar amat menitik beratkan tentang frasa, kosa kata dan nama tokoh yang mendokong Islam Liberal dalam setiap ucapan dan tulisannya. Kerana, dengan cara itu, ia dapat memberikan kesan mendalam kepada orang ramai dan meraih kepercayaan yang tinggi.

Anwar sendiri menyanjung tinggi tokoh-tokoh yang memulakan pemikiran Islam Liberal dan ‘layak’ dijadikan sumber rujukan. Antaranya seperti, John Locke, Immanuel Kant, Voltaire Adam Smith, dan Charles Kurzman yang dipanggil sebagai ‘Religious Enlightenment’ atau ‘Pencerahan Agama’.

Jadi, cubaan Anwar untuk meracuni pemikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mengubah Islam seperti tuntutan agama yang sebenar kepada Islam Liberal di awalnya mungkin mendapat sambutan. Tetapi, kerana kebodohan Anwar yang tidak memikirkan rakyat Malaysia sebenarnya bijak mengenai isu agama Islam, pembukaan Anwar untuk mengubah Islam Liberal ditolak terus oleh pengikutnya. Kalau yang ada pun, mereka mungkin terpedaya dengan kepetahan Anwar melontarkan hujah-hujah dari tokoh-tokoh Islam Liberal sebagai bukti Islam Liberal itu adalah benar. Mereka itu sememangnya bodoh sama seperti Anwar.

Justeru, untuk kes Chetz yang menghina Islam dengan perlakuan sedemikian dan Chetz sendiri mendakwa umat Islam Malaysia terlalu sensitif sebenarnya menarik minat dan perhatian Anwar. Apabila Chetz mendakwa umat Islam Malaysia sensitif dengan video yang dia ciptakan, ia melambangkan Islam Liberal wujud dalam diri Chetz yang menolak tuntutan sebenar Islam iaitu menegakkan mana yang betul dan mana yang salah.

Pada Anwar, Chetz menunjukkan sekiranya apa sahaja yang dia ingin lakukan seperti megambilkan wuduk untuk anjing-anjingnya berlandaskan kepada kebebasan dan tidak seharusnya disekat oleh sesiapa pun.

Samalah dalam kes murtad Lina Joy suatu ketika dahulu. Dalam satu wawancara program TV di Australia, beliau menyatakan bahawa kita tidak berhak memaksa orang Islam daripada murtad.

Kemudian, nada yang liberal juga pernah beliau utarakan apabila isu tentang lesbianisme dan homoseksualisme dibangkitkan. Malah, komennya adalah satu petanda jelas bahawa beliau menyokong hak homoseksualisme dan lesbianisme.

Justeru, samalah juga pendapat Anwar tentang penhinaan Islam yang dibuat oleh Chetz. Pada hemat Anwar, kita semua sebagai umat Islam tidak berhak menghalang Chetz untuk menghina Islam. Kerana itu adalah hak peribadi dan kehendak kebebasan Chetz.

Disebabkan itulah Anwar mengecam tindakan JAKIM yang mengambil tindakan tegas terhadap Chetz dan melontarkan fitnah JAKIM sebagai memilih ‘bulu’. Kebenarannya, tindakan sedemikian menjadi penghalang untuk Islam Liberal terus bertapak di Malaysia. Modus operandi Anwar seperti inilah amat membahayakan kerana sekiranya kita tidak sedar, satu persatu agenda bobroknya bakal tercapai.--MYKMU

2 comments:

  1. sebenar kita dah lama tahu yg anuar ibrahim hina islam, tetapi tak ada orang berani ambil tidakan, kenapa ya?

    ReplyDelete
  2. Ah! Tak Heranlah kalau An War ni, dia dah dibayar untuk membuat onar dlm Malaysia ni... kalau dia tak buat dia susah... duit dah ambik! Nak tak nak kena huru-harakan jugak Malaysia ni dgn apa cara sekali pun. Yang positif akan dinegetifkan dan begitulah sebaliknya... Kalau dia dah tak ada esok barulah aman negara ini agaknya...

    ReplyDelete