SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.
Antara alasan-alasan yang mereka beri:
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."
JAWAPAN
Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.
Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).
Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.
Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.
Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.
Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.
Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.
Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.
Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).
Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.
Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.
Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).
Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.
Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.
Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.
Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).
Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).
Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).
Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"
Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)
Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.
Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.-- SUMBER
"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul".
ReplyDeleteTeman cuba ngengok isu ini dari sudut yg positif!!
Dlm negara kita Malaysia yg dicintai, penganut Islam-Melayu (sebagai 'tuan rumah') harus bersikap terbuka meraikan Aidilfitri bersama tetamu yg berbilang bangsa dan agama.
Walaupun yg datang tu 'anjing-anjing' dari berbagai 'spesies, warna dan asal-usul' > kita tetap menghargai tetamu.
Harap2 'anjing-anjing' tu nanti jangan le pulak nak gigit balik org yg telah meraikan dan mengangkat dema sebagai tetamu.
Isunya boleh atau tak boleh? Jawapannya lebih kepada harus bukannya haram mutlak seperti berzina, tenung mata awek lama-lama, merempit sampai membahayakan keselamatan umum, tengok wayang dengan kekasih, berfacebook dan private message dengan bukan muhrim atas perkara-perkara yang main-main, ambil pinjaman beli kereta baru dengan riba, mensodomi isteri, menyuruh isteri memasak dan mengemas dapur tanpa kerelaan beliau (memasak ialah tugas suami dalam Islam) memberi komisen kepada orang yang mempunyai kuasa atas meluluskan tender membina masjid, ber sms dan bertwitter tanpa batasan lelaki perempuan dan khunsa, memberi 100RM setiap ahli cawangan sebab kita hendak undi setiap ahli cawangan untuk jawatan ketua cawangan UMNO, pergi dengar Ceramah maki hamun Mat Sabu, menyokong gerakan liberal dan pluralisme Anwar Ibrahim dan banyak lagi.
ReplyDeleteIsunya kalau sanggup untuk senantiasa bersuci. Kalau sanggup buatlah. Seperti juga kita berkhitan sebab tak sanggup hendak membersihkan kulup selalu. Kalau sanggup tak payahlah berkhitan. Bukan wajib pun.
Kita masuk syurga atas rahmat Allah jua bukannya mana beratnya pahala. Manalah tahu atas sifat mutlak t Allah s.w.t dengan rahmat dan kasih sayangNYa kerana kita simpati dah kasih kepada makhluk yang di anggap rendah hidup kita ada keberkatan walaupun MAlaikat Rahmat enggan masuk ke rumah. Juga di cadangkan kita mencari dan membuat amalan yang membawa pahala lebih dua qirath supaya dapat cover balik pahala yang hilang. Seperti sembahyang malam, berpuasa sunat, berzikir tak putus-putus. Kalau sanggup buat sebab isunya BUKAN TAK BOLEH tetapi rakyat Malaysia dah anggap macam haram mutlak pulak. Ini yang tak betulnya.
kalau boleh, apa kau bela anjing dalam rumah kau!!!
DeleteSya tak bela dalam rumah saya sebab saya tak sanggup. Tak sanggup nak sediakan segala kemudahan untuk bersuci dan runag khas untuk anjing. Kalau saya mampu saya ganti perabut karpet rumah saya hari hari ambil khadam dan orang gaji untuk cuci rumah saya setiap hari. Kalau saya mampu dan sanggup saya bela lah. Bukan sebab ianya haram atau tak boleh. Faham tak bahawa membela anjing ini bukan haram mutlak? Ianya harus dan hanya akan menjadi haram jika tak mampu memenuhi syarat?
Deletekalau membaca biarlah sampai habis...atas tu dah tulis sesiapa yang membela anjing didalam rumahnya akan berkurangan pahalanya setiap hari dan menakutkan orang lain termasuk jirannya. satu lagi malaikat tidak masuk ke dalam rumahnya...orang PAS boleh bela anjing ye.
DeleteMasalahnya perluke berselang seli dengan takbir?membesarkan Allah berlatang belakangkan gambaran sebegitu?...mempromosi pemakaian ala lelaki oleh seorang tomboy yg jelas Haramya dlm Islam?..bila perkara sebegini dipandang remeh..soal lain apatah lagi..terlalu berbaik sangka terhadap manusia yg ingin mempermainkan Islam..Ujian Allah buat kita..Allah mahu melihat siapa Hamba2nya yg mempertahankan Islam dari dipermainkan...
ReplyDeleteYang haram nak dihalalkan. Yang halal nak diharamkan pulak. Fikir fikirkan
ReplyDelete