Pages

Monday, September 9, 2013

Konspirasi dan Fitnah Kalimah Syirik




Oleh Zulkifli Noordin
KONSPIRASI gerakan Kristianisasi global sedang bergerak dengan begitu agresif termasuk di Malaysia. Paling mutakhir tuntutan mereka untuk diberi hak menggunakan kalimah Allah di dalam kitab dan penerbitan mereka! Apakah kesan yang akan terjadi kelak jika kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara kita? 
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak kita mengucapkan "La ila ha illalah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah"; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada Allah sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai Allah Maha Esa? Atau dia sedang merujuk kepada Allah Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari Kristian - Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Roh Kudus.
 
Inilah yang perlu kita fahami. Itulah kesan secara langsung yang akan berlaku jika pihak Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara ini. Dalam satu insiden perkahwinan artis terkenal di sebuah negara jiran, pengantin lelakinya beragama Islam manakala wanitanya beragama kristian. Lalu si wanita ditanya apakah dia akan memeluk agama Islam menuruti bakal suaminya. Jawapan wanita pelakon terkenal lagi jelita ini wajar menjadi iktibar dan pengajaran buat kita: 
Apa perlu saya menukar agama! Bukankah tuhan saya dan tuhan dia sama - Allah! Na'uzubillah minzalik!

FIRMAN Allah SWT, "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali reda dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada Allah" (Al-Baqarah: 120)


TUNTUTAN TITULAR ARCHBISHOP KUALA LUMPUR

Kemelut isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Titular Archbishop Kuala Lumpur (Gereja) masih berterusan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 yang membenarkan pihak Gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bernama The Herald.

Asas kepada keputusan itu antara lain adalah kerana kalimah Allah sudah diguna pakai oleh kristian di Sabah dan Sarawak buat sekian lama. Maka berdasarkan Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, pihak gereja, kata Mahkamah, sewajarnya dibenarkan dan dijamin kebebasan menggunakan kalimah Allah dalam menjalankan amalan agama mereka.


Saya tidak bercadang mengupas kes ini kerana ia masih di peringkat rayuan yang akan didengar pada 22 September ini. Kita akan memberi ruang dan peluang supaya Mahkamah Rayuan dan sistem kehakiman Malaysia dibenarkan mendengar rayuan ini menurut lunas undang-undang sedia ada.

BIBLE AL-KITAB

Bagaimanapun, saya berpeluang membaca secara sepintas lalu sebuah terjemahan Bible dalam bahasa Melayu yang dipanggil Al-Kitab. Memandangkan ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka saya berhak untuk mengulas dan membuat komen yang sepatutnya tanpa bermaksud menghina atau memperlekeh agama kristian.

Satu perkara fundamental yang saya dapati setelah membaca Bible Al-Kitab versi Melayu ini ialah sebenarnya ia bukan Kitab Injil seperti yang umat Islam fahami. Ia sebenarnya adalah terjemahan kitab yang dipanggil Bible daripada versi bahasa Inggeris.


Selain al-Quran, kita umat Islam dituntut mempercayai kitab Taurah (Nabi Musa a.s), Injil (Nabi Isa a.s) dan Zabur (Nabi Daud a.s). Malah mempercayainya adalah sebahagian daripada Rukun Iman. Kita percaya sebagaimana al-Quran, kitab Taurah, Injil dan Zabur adalah wahyu daripada Allah. Sebab itu kita memanggil mereka yang beriman dengan kitab-kitab itu sebagai ahli kitab, dan kepercayaan mereka disebut sebagai agama wahyu.

Bagaimanapun, kita umat Islam mempercayai Kitab Taurah dan Injil yang asal sudah tidak ada, malah apa yang ada hari ini kita percaya telah diselewengkan. Saya tidak bercadang untuk membahaskan isu ini kerana menumpukan kepada isu kalimah Allah. Mungkin kita akan bahaskannya di forum yang lebih bersesuaian.

Yang kita tahu, apa yang dipanggil Bible oleh penganut Kristian sebenarnya adalah gabungan dua buah buku yang dipercayai kitab suci oleh umat kristian iaitu Old Testament (Kitab Perjanjian Lama) dan New Testament (Kitab Perjanjian Baru).

Kitab Perjanjian Lama dijadikan kitab suci bagi penganut agama Yahudi (selain Tsalmud dan lain-lain). Kitab Perjanjian Lama ini adalah kitab bagi penganut Yahudi dan masih kekal digunakan oleh mereka dalam bahasa Hebrew atau Ibrani.

Kitab Perjanjian Baru pula adalah buku yang dikatakan ditulis oleh seorang pendeta Kristian berbangsa Roman bernama Saul (nama beliau dipopularkan sebagai Paul sekarang ini). Buku asal yang dipanggil Kitab Perjanjian Baru tulisan Saul ini adalah dalam bahasa Greek.

Pihak gereja Kristian kemudiannya telah menggabungkan kedua-dua Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ini dan diberi label sebagai Bible. Kitab Perjanjian Lama diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada teks asal bahasa Ibrani, manakala Kitab Perjanjian Baru diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada bahasa asal Greek.

Maknanya Bible versi bahasa Inggeris yang ada pada masa ini adalah terjemahan ke bahasa Inggeris daripada bahasa Hebrew (bagi Perjanjian Lama) dan bahasa Greek (bagi Perjanjian Baru). Gabungan kedua-dua kitab ini dipanggil Bible.

Kitab Bible versi bahasa Inggeris inilah yang menjadi sumber kepada penterjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia yang dipanggil Bible Al-Kitab. Saya tidak bercadang mengupas tentang kewujudan begitu banyak Bible yang berlainan versi. Ini telah dikupas dengan begitu baik oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan rujukan boleh dibuat kepada kupasan beliau.

BIBLE ASAL

Apa pun, kita perlu sedar bahawa Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s adalah berbangsa Yahudi. Oleh itu kitab asal yang diturunkan kepada mereka sudah tentu dalam bahasa Yahudi; iaitu bahasa Hebrew Aramaic atau Ibrani.

Bermakna yang boleh dan layak dipanggil kitab suci ialah teks dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa yang diguna pakai oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Itulah kitab yang sepatutnya menjadi autoriti. Sebagaimana al-Quran dalam bahasa Arab bagi umat Islam.

Maka dalam membahas persoalan kalimah ketuhanan dalam fahaman dan kepercayaan agama Kristian, kita wajib merujuk semula kepada kitab-kitab asal ini.

Bermakna apabila terjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia dibuat, ia sudah melalui tiga terjemahan - Ibrani - Greek - Inggeris lama - Inggeris baru - Melayu-Indonesia!

Ini bermakna Bible Al-Kitab versi bahasa Melayu-Indonesia tidak layak dipanggil kitab suci asal, sebaliknya ia hanyalah sebuah terjemahan.

Sebagaimana terjemahan teks asli al-Quran dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris oleh Yusuf Ali, atau ke dalam bahasa Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih atau Buya Hamka.

Kita umat Islam tidak boleh memanggil terjemahan Yusuf Ali, terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih atau terjemahan Buya Hamka sebagai al- Quran. Ia hanya terjemahan al-Quran, sebab itu memegangnya tidak perlu berwuduk; malah jika dalam keadaan hadas besar pun masih boleh memegang dan membaca terjemahannya.

Sekurang-kurangnya terjemahan al-Quran dibuat berdasarkan dan bersumberkan terus daripada teks asal al-Quran berbahasa Arab, dengan teks asal Arab sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW tetap ditulis dalam terjemahan tersebut. Sebaliknya terjemahan Bible Al-Kitab versi Melayu-Indonesia langsung tidak disertai dengan teks asal bahasa Ibrani.

Jadi dakwaan menyatakan Bible atau Al-Kitab terjemahan bahasa Melayu-Indonesia sebagai kitab suci asal dan asli adalah tidak berasas sama sekali. Ia hanyalah satu terjemahan!--SUMBER


2 comments:

  1. Pelik juga ye, rupa-rupanya masih ramai org Melayu Islam & juga pemimpin PAS yg masih terkeliru,tidak heran lah kalau org bukan Islam akan jadi tidak faham-faham. Kita selalu sebut bahawa kalimah Allah adalah HAK kita saja dan "ugama" lain dilarang menggunakan nya. Didalam bahasa Melayu perkataan "Hak" difahamkan sebagai satu kepentingan tetapi didalam bahasa Arab perkataan itu bererti yg BENAR.. Mmg benar kita semua Allah yg jadikan justeru itu kita semua milik Allah belaka.

    Sebenarnya semua penganut Keristian percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Pembaca semua bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana org Keristian yg anda kenal. Tetapi didalam kitab Holy Bible mereka semenjak dahulu lagi TUHAN mereka ini tidak bernama. Tuan-tuan bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana gereja Keristian dalam atau luar negara. Kitab Holy Bible mereka hanya menyebut FATHER atau LORD atau GOD sahaja, tetapi ini semua adalah ganti nama dan bukan nya nama-nama Tuhan.

    Apabila pihak gereja Katolik Malaysia atau CFM menuntut utk menggunakan kalimah Allah utk menggantikan perkataan FATHER atau LORD atau GOD sefaham kita maka Allah kini sudah ada anak la pulak. Secara warasnya pembaca Muslim bolih bersetuju ke bahawa Allah ada ANAK? Anda yg mengaku Muslim MAHU bersetuju ke dgn kehendak pihak gereja utk menggunakan kalimah itu utk Bible al kitab bahasa melayu mereka? Kalau anda semua bersetuju maka anda akan berhadapan dengan kemurkaan Allah sepertimana Firman Nya didalam Al Quran Surah Mariam ayat 88 - 92.

    88 "Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
    89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
    90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
    dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
    91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
    92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

    Allah Ta'ala ternyata sangat2 murka dan utk makluman kita semua ayat ini telah lama wujud semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Waima ayat ini telah wujud lama sebelum mereka yg menuntut "HAK" penggunaan kalimah utk kitab Bible bahasa Melayu ini lahir ke dunia ini lagi taw! Tidak kah mereka terasa bahawa Allah sudah tahu semenjak awal lagi bahawa mereka akan cuba buat isu ttg kalimah Allah ? Sebab itu kita kata sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ttg segala sesuatu ! Siapa kita untuk mengatakan tidak mengapa pihak gereja nak gunakan kalimah itu dgn fahaman mereka yg songsang lagi syirik itu? Kita tidak bersetuju bukan sebab kita berebut HAK sebenarnya. Kita sebenarnya sangat takot dgn dosa syirik sekiranya kita bersetuju walaupun didalam hati dgn permintaan gila pihak gereja katolik.

    Sekiranya tuan-tuan rasa penerangan ini tidak menasabah sila-silalah perbetulkan ye.

    ReplyDelete
  2. Let assume that the Christian had "good intend" to save people from hell when they tried to use kalimah Allah into their malay Bible. But before that it is the Muslim duty to tell that why we cannot allow them to use the kalimah Allah for their malay Bible.

    The main reason is because all Christian believed that their nameless GOD in the Holy Bible have a SON. When the Catholic church use Allah name in their malay Bible, they are actually ascribing that Allah now may have offspring similar to man and animal. Nauzubillah. (This is the main reason why we will never never agreed to your CFM appeal to use Allah name in the Christian malay bible).

    The Christian will never agreed to any Muslim reasoning but if they think whether Allah is happy about this. They can refer the Al Quran sura Maryam 19:88 - 19:92
    (19:88) They claim: "The Most Compassionate Lord has taken a son to Himself." (19:89) Surely you have made a monstrous statement. (19:90) It is such a monstrosity that heavens might well-nigh burst forth at it, the earth might be cleaved, and the mountains fall (19:91) at their ascribing a son to the Most Compassionate Lord.

    The dire warning was there long before CFM was established or before any Sabahan OR Sarawakian Christian or Rev Dr Eu Hong Seng and Bishop Pakiam was even born into this world. Clearly Allah is very very angry indeed. Want to know why? - this is a blasphemy towards the Creator. WE HAVE EVERY REASON TO FEEL UPSET ABOUT !

    Even the Holy Bible forbid it! The scriptures clearly remind the christian never to change any words or meaning in your sacred book. You may find the warning in the verses from Deutronomy 4:2. OR Revelation 22:18 OR Proverbs 30:5 Holy Bible.

    Deutronomy 4:2.
    Ye shall not add unto the word which I command you, neither shall ye diminish aught from it, that ye may keep the commandments of the Lord your God which I command you
    OR
    "...Every word of God is flawless; he is a shield to those who take refuge in him.
    Do not add to his words, or he will rebuke you and prove you a LIAR. " ................. Revelation 22:18.
    OR
    Don't add to his words, or he will rebuke you, and you will be shown to be a LIAR…….Proverbs 30:5

    CONCLUSIVELY DIDN'T THE MALAYSIAN CHRISTIAN REALIZE THAT THEY ARE ACTUALLY CHALLENGING THEIR VERY OWN SACRED BOOK??

    ReplyDelete