Pages

Monday, October 21, 2013

Pemilihan UMNO: Masa Untuk Bertugas, 3 Tahun Bukan Lama


SALAH satu sebab kenapa penulis tidak begitu canggung dengan keputusan pemilihan UMNO kelmarin (walaupun ada yang tidak memuaskan hati), adalah kerana penulis diyakinkan bahawa tahun 2016 nanti akan ada pemilihan lagi – tidak akan ditangguh seperti mana yang berlaku dalam beberapa penggal yang lepas.

2004 – 2008 sepatutnya ada 2 pemilihan, begitu juga tempoh 2009 – 2013.  Tapi sebab alasan pilihanraya, maka kita menerimalah keputusan untuk tidak mengadakan pemilihan setiap 3 tahun sekali.

Pada penulis, pemilihan 3 tahun lagi itulah yang penting kerana ia akan menyediakan parti dan BN untuk PRU14 pada tahun 2018.  Pemilihan jawatan tertinggi yang tamat semalam (kalau tidak ada masalah dengan RoS), sudah selesai.


IMG-20131020-WA0007


Cuma nak ulas sikit, majoriti rakyat melihat pemilihan kali ini tidak menunjukkan UMNO bersedia untuk berubah (terutama pada jawatan-jawatan tertentu) kerana jelas kelihatan disitu, UMNO seolah-olah tidak responsif dengan kehendak semasa - hanya kerana kita menang dalam PRU13 yang lepas.

Percayalah keadaan itu tidak akan kekal lama kalau UMNO masih di takuk sama kerana yang menjadi benteng pemisah antara menang dan kalah tempoh hari adalah kerana parti pembangkang tidak kukuh, selain benci majoriti besar orang Melayu kepada DAP itulah yang menghalang mereka dari menang lebih banyak.

Kemenangan lepas juga banyak dibantu oleh perubahan pucuk pimpinan negara yang membawa kepada pengenalan pelbagai program transformasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan dalam masa yang sama, seimbang dengan kemampuan kewangan negara.

But, what is done, is done, maka itu bolehlah semua yang menang memulakan tugas masing-masing, tak perlulah kita ganggu lagi sebab pemilihan ini dibuat secara demokrasi  dan sistem pemilihan  baru yang melibatkan lebih ramai ahli – bukan sekadar 2,000 lebih perwakilan seperti mana biasa.

Apa pun nak komen pasal pemilihan baru ini, yang penting ia jauh lebih bagus dari parti pembangkang.  Sedar tak sedar, pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang (Ketua Umum, Mursyidul Am dan Setiausaha Agung), tak seorang pun yang dipilih secara terus oleh ahli parti, hanya parti UMNO saja.

Besarlah harapan ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, untuk melihat semua pemenang jawatan ini mampu membawa UMNO lebih maju lagi.  PRU13 yang lepas memperlihatkan pemulihan UMNO yang bagus dari semua segi berbanding 2008, tapi dalam masa yang sama, parti-parti komponen, terutama MCA dan Gerakan menunjukkan penurunan sokongan yang ketara.

Apakah hala tuju kita selepas ini, masih berharap kepada parti komponen ini untuk mempertahankan jawatan atau UMNO perlu lebih kuat dari sekarang, dengan sasaran merampas kerusi majoriti Melayu yang kini dikuasai PAS dan PKR, atau bagaimana?

Inilah yang perlu dipersiap sediakan dari sekarang.  Nak menang dah menang dah, so sekarang ahli UMNO nak tengok hasil atau 3 tahun lagi, lebih banyak perubahan akan berlaku.

Akhir kalam untuk sesi pemilihan ini, harapannya agar semua yang terlibat, ’kekal Melayu’ seperti mana yang kita boleh lihat sepanjang kempen berlangsung.  Jangan waktu kempen saja cakap pasal Melayu dan pertahan Melayu, habis kempen dan menang, jadi liberal balik, sokong LGBT, kebebasan media buta tuli dan sebagainya.

1 comment:

  1. Aku gen .... Dgar sini whai pemimpin2 yg dh lama pgang kuasa...aku tau korang dh berjasa..tp pls la bg yg muda, yg berani fan tau buat kerja pulak jd NP... Aku dh meluat tgok pemimpin yg sama ja pgang kuasa tp terlalu lembik dan lembap bertindak.....nama keturunan sj xckup nk kekalkn kuasa...apa ada pd nama...mati kita pun sama gak..kembali msuk dlm kubur....H2o...pls lah...dah tau rkyt mjin tak suka kau baik kau berundur sblm kena buang cara hina...aku ckp ni tgah aku bdak mentah...but when da times come...aku pulak jd pemimpin....ko pulak akan jd tua....kepimpinan melalui teladan...tp kalo cmni cara umno dbwah najib buat transformsi...skry to say la
    ..aku nak muntah tgok transfmasi cap taik ayam mereka...mcm mlas je nk undi umno next pru nti...bkan aku sorang je rasa...tp aku pcy rmai lg melayu umno pun fkir benda yg sama...kami rkyat biasa ni Meluat tau tak dgn legasi bgsawan lembik tak tau buat kerja...tak tau nak jaga kedaulatan bgsa dan agamanya...sbb apa? Sbb H2O n Najib tak pnah idup susah mcm kami ekyat biasa rasa skrg!!!! Ckp biar serupa bkin..buat keputusan biar btul2 senangkn rkyat susah!!! Bjan tjuk macho gan kcup keris je...bkan ckap berapi wktu nk bertanding je...senang ckp aku meluat gan h2O...aku nk pemimpin bersih dan muda mcm mukhriz gak jd PM kita satu hari nti...aku xnak H2O!!!!

    ReplyDelete