Pages

Wednesday, January 29, 2014

“Anwar Sudah Jadi Pelawak Yang Penuh Kegilaan” – Khairy Jamaluddin


Oleh Zul Rawi

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.


Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’.

Monday, January 27, 2014

Inilah Kenyataan Terbaik Dari KJ


Kali ini tanpa segan silu penulis SANGAT SETUJU dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan ini, Khairy Jamaluddin.

Setelah perkara ini menjadi besar dan laporan polis telah dibuat namun sebagai balasan, hanya permohonan maaf yang terpacul keluar dari mulut guru Cina ini. Adakah Kementerian Pendidikan mahu lepas tangan dan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja?

Umpamanya Timbalan Menteri Pendidikan terpaksa menutup mulut atas penghinaan ini. Mungkinkah P. Kamalanathan tidak melihat perkara ini sebagai satu kesalahan memandangkan yang melakukan niat jahat ini adalah seorang guru yang bukan dari bangsa Melayu?

Tuesday, January 21, 2014

Kalimah Allah : Antara Titah Agung Dan Agenda Jahat Pembangkang

keluarga-Azizul-Raheem-Awalludin-isteri-Shalwati-Norshal-pukul-anak-sweden-solat

Rakyat makin jelas kesan penganiayaan pembangkang terhadap umat Islam. Tangan Ghaib yang merancang “memijak” samada secara terang atau pun tersembunyi tetap dapat kita hidu. Hanya mereka yang mempunyai terlalu banyak kepentingan peribadi dalam pembangkang sahaja enggan membuka mata.



Begitu juga dengan tragedi yang menimpa Azizul Raheem Awalludin, Pengarah Pelancongan Malaysia di Stockholm & isterinya Shalwati Nurshal yang ditahan sejak 18 Dis 2013 kerana didakwa memukul tangan anaknya dalam cubaan mendisiplinkan anak itu yang tidak bersolat.

Kita dapat melihat “double standard” yang menjadi sandiwara pembangkang. Selama ini mereka begitu vokal dalam mempertahankan hak asasi Lesbian, gay, biseksual dan transgender yang ditentang dalam Islam.

Namun dalam isu pasangan yang teraniaya penahanan tanpa bicara rakyat Malaysia di Sweden mereka membisu seribu bahasa. Jelas dakwaan mereka sebagai pejuang hak asasi manusia sebenarnya bermotif politik jahat semata.

Thursday, January 16, 2014

Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor



Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut. 

PPUNJ juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

PPUNJ berpendapat bahawa hak seorang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam telah dicabuli selain seolah-olah tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara. 

Friday, January 3, 2014

Kalimah Allah: Pemuda Umno Nyatakan Pendirian Sokong Titah Sultan Selangor


November 2013 yang lalu, DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar kalimah Allah tidak digunapakai oleh agama lain selain agama Islam bagi negeri Selangor. Titah tersebut menerima sokongan yang positif dari seluruh pelusuk Malaysia dan sejajar dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.

Namun masih ada lagi individu yang tidak menghormati keputusan ini dan bertindak secara terang-terangan meneruskan penggunaan kalimah Allah di dalam terbitan, cetakan dan pengucapan dikalangan bukan Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menyatakan pendirian yang kuat menyokong titah baginda Sultan Selangor dalam larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam dan mengecam sebarang tindakan yang boleh dianggap mencabar titah baginda.