Rakyat makin jelas kesan penganiayaan pembangkang terhadap umat Islam. Tangan Ghaib yang merancang “memijak” samada secara terang atau pun tersembunyi tetap dapat kita hidu. Hanya mereka yang mempunyai terlalu banyak kepentingan peribadi dalam pembangkang sahaja enggan membuka mata.
Begitu juga dengan tragedi yang menimpa Azizul Raheem Awalludin, Pengarah Pelancongan Malaysia di Stockholm & isterinya Shalwati Nurshal yang ditahan sejak 18 Dis 2013 kerana didakwa memukul tangan anaknya dalam cubaan mendisiplinkan anak itu yang tidak bersolat.
Kita dapat melihat “double standard” yang menjadi sandiwara pembangkang. Selama ini mereka begitu vokal dalam mempertahankan hak asasi Lesbian, gay, biseksual dan transgender yang ditentang dalam Islam.
Namun dalam isu pasangan yang teraniaya penahanan tanpa bicara rakyat Malaysia di Sweden mereka membisu seribu bahasa. Jelas dakwaan mereka sebagai pejuang hak asasi manusia sebenarnya bermotif politik jahat semata.
Kedua-dua ibubapa malang ini ditahan tanpa jaminan dan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan sejak sebulan lepas. Kesemua anak mereka yang masih kecil diambil oleh pihak berkuasa Sweden dan ditempatkan dibawah penjagaan sebuah keluarga non-Muslim.
Pelanggaran hak asasi manusia amat jelas dalam kes ini:
1. Kedua mereka ditahan lebih sebulan tanpa bicara dan tanpa sebarang pertuduhan
2. Anak-anak mereka “dirampas” tanpa sebarang hak untuk mereka bela diri;
3. Kedua mangsa dan anak-anak mereka dinafikan hak mengamalkan agama mereka malah dianiaya dengan penempatan dirumah bukan Islam.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat Islam. Baginda bertitah kalimah Allah perlu dihormati semua pihak dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.
Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.
Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati. Sebelum ini pembangkang begitu sombong dan angkuh mengutuk JAIS yang menjalankan tugas mengikut undang-undang.
Sultan Selangor juga telah bertitah melarang penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian. Dan mahkamah juga telah memerintahkan perkara yang sama. Namun pembangkang sedang menunjukkan lagak bahawa mereka tidak akan tunduk pada mahkamah dan Sultan. Ini merupakan kebiadapan yang cukup ketara.
Pendakyah kristian telah, samada secara sengaja menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannya Allah. Namun demi untuk memudahkan proses mereka menarik umat Islam untuk murtad maka mereka tetap mahu berkeras dalam penggunaan kalimah Allah.
Mereka cuba nenggunakan helah kononnya orang arab kristian juga menggunakannya. Kononnya Orang kristian arab menggunakannya dalam bahasa arab. Kristian arab menggunakan perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus.
Namun mereka megadaptasikan sebahagian sahaja dengan matlamat mengelirukan umat Islam. Maka di sini jelas niat jahat mereka. Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?
Rakyat perlu jelas bahawa desakan kristian menggunakan kalimah Allah untuk hak menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bahasa Melayu tidak ada kena mengena dengan soal penganutan atau pengamalan agama kristian. Ianya adalah satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik. Mereka mempunyai agenda gerakan kristianisasi yang telah mereka rancang dengan cukup terperinci.
KakChah
No comments:
Post a Comment