Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa seluruh jentera Pemuda BN supaya memastikan kemenangan calon BN Chew Mei Fun di Kajang.
Beliau yang berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN di Kajang semalam melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional mampu melakarkan kemenangan menewaskan pencabar Datin Seri Wan Azizah calon dari PKR.
Keyakinan itu berdasarkan semangat barisan pemuda BN yang tetap setia dan utuh bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk memastikan nasib rakyat khususnya di Kajang terus terbela.
Muhyiddin dalam pada itu turut mendesak agar seluruh jentera Pemuda BN supaya tidak gentar berjihad untuk menentang Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil berkenaan.
Memetik kenyataan beliau di utusan online , Pergerakan itu perlu sedar bahawa perjuangan atau jihad BN bukan sahaja untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi lebih utama bagi membela nasib seluruh penduduk.
"Tanggungjawab anda adalah untuk memenangkan calon kita (Datin Paduka Chew Mei Fun) walaupun dengan hanya satu undi.
"Walau di mana pengundi berada, baik di kampung, ceruk atau di mana sekalipun...jangan abaikan mereka, temui dan bantulah apa yang perlu bagi menunjukkan kita parti yang perjuangkan nasib mereka," katanya ketika berucap melancarkan jentera Pemuda BN semalam.
Gesaan Muhyiddin di lihat bertepatan dengan keadaan dan suasana politik terkini memandangkan punca kepada berlakunya pilihanraya kecil Kajang di sebabkan oleh sikap pemimpin pembangkang sendiri yang lebih suka berpolitik daripada bekerja untuk rakyat.
Ini dapat di buktikan apabila pembangkang dengan sewenang-wenangnya merancang perletakan jawatan ADUN Kajang sebelum ini Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu begitu teruja untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Sebagai kumpulan yang sering melaungkan tentang nasib rakyat atau kebajikan rakyat , tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang sebenarnya menunjukkan pembangkang tidak pernah kisah tentang rakyat sebaliknya lebih mementingkan politik kepartian semata-mata.
Berdasarkan itu maka seruan jihad Timbalan Perdana Menteri kepada barisan pemuda BN di lihat bertepatan sekali kerana mereka bukan sahaja perlu bekerja untuk rakyat sebaliknya perlu menerangkan kepada rakyat betapa pembangkang telah menjadikan penduduk Kajang sebagai mangsa untuk kepentingan politik sempit mereka.
TPM jgn sebut jihad bagi dun Kajang. Tak sesuai, balik2 letak China POMpuan lat tu. Macam tak takde orang Melayu yg layak. Masih tak faham2 lagi pemimpin kita Allah swt dah bagi signal pada PRU13. Kita orang Melayu tak suka sebab tak pernah orang Melayu kalau ada masalah pergi berjumpoa pemimpin China. Pempuan lak tu. Orang lelaki Melayu pun susah nak jumpa dengan dia orang kalau ada masalah. Kalau nak gi umah dieorang pun ada najis Muhalazah, Makan dan belaannya, dan sembahannya. Fikir2kanlah nasib orang Melayu. Masalah agama sangat besar pada sebahagian orang Melayu yang beriman.
ReplyDelete