TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Thursday, September 26, 2013

Hukuman Penjara 15 Tahun Tidak Iktiraf Jalur Gemilang


Kebiadapan pembangkang menghina, memijak dan menukar jalur gemilang  Negara sesuka hati sebagai salah satu mainan politik kotor mereka akhirnya bakal membawa padah. Ini berikutan dengan pindaan undang-undang yang bakal diluluskan di Parlimen kelak.

Menurut  peruntukan undang-undang ini yang terkandung dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan bahawa  mana-mana pihak yang menggunakan, mengiktiraf serta mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia sebenar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Selama ini pembangkang telah mempermainkan undang-undang negara. Dengan bersandarkan kepada barisan ahli Majlis Peguam yang tegar menyokong mereka telah memberi ruang dan kesempatan untuk mereka mencetuskan provokasi melampau menghina dan mempermainkan kedaulatan negara dengan “loophole” atau kelemahan ruang yang terdapat dalam undang-undang negara. 

Tuesday, September 24, 2013

Agenda Pemulihan UMNO Secara Total


Kalau lupa elok juga ahli-ahli UMNO yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO dari peringkat cawangan hingga ke Majlis Tertinggi (MT) mengingati dan bermuhasabah bagi mengenang keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan PRU-13 baru-baru ini.

Apa yang perlu difikirkan oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat, adakah mereka sekadar mahu ahli UMNO memilih dan bukannya memulihkan UMNO yang begitu terkesan akibat kehilangan majoriti dua pertiga dalam kedua-dua PRU.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti, Oktober ini. Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di semua peringkat.

#ST4Jasin Buat Laporan Polis





Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, No 01, Sdr. Jezlee bin Pit telah membuat laporan polis berkenaan usaha jahat beberapa pihak mahu membawa pulang abu mayat Komunis Chin Peng.

Bertempat di Balai Polis Merlimau lebih kurang 60 orang muda dari sekitar Merlimau, Serkam dan Sungai Rambai telah berkumpul seawal jam 9 malam untuk turut sama memuat laporan polis.

Friday, September 20, 2013

Cara Betul Memilih Pemimpin


Pemilihan UMNO pada bulan depan agak menarik. UMNO mempunyai sejumlah 21,078 cawangan yang mewakili 193 bahagian di seluruh negara. Pada tahun ini, UMNO akan menyaksikan satu bentuk pertandingan yang terbesar pernah berlaku dalam sejarahnya.

Kesibukan kini adalah untuk menilai siapakah pemimpin yang boleh disandarkan harapan besar ahli-ahli UMNO bagi membolehkan parti itu terus relevan dan perkasa setelah beberapa perubahan yang dilaksanakan dianggap gagal menterjemahkan semangat perjuangan sebenar, kerana falsafah ‘ketuanan Melayu’ semakin tercabar dengan amalan yang dilihat semakin ‘mengalah’ dengan tuntutan dan desakan kaum lain.

Selepas PRU-13, masyarakat mula memberikan perhatian besar untuk kembali memperkasakan orang Melayu dan Bumiputera, kerana kumpulan ini merupakan tunjang kepada kekentalan semangat cintakan tanah air dan berpaksikan sentuhan primodial berbanding kaum-kaum lain yang lebih mengutamakan keselesaan ekonomi sehingga sanggup melakarkan tindakan nakal mencabar status quo yang sekian lama diterima sebagai faktor pemersatu yang berkesan.

Thursday, September 19, 2013

Idris Haron umum pertahan jawatan MT UMNO


MELAKA 18 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron hari ini menawarkan diri mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini.

Idris berkata, keputusan itu diambil setelah membuat pertimbangan wajar daripada pelbagai sudut serta mendapat nasihat daripada rakan-rakan serta tokoh politik lain.

Menurutnya, beliau menawarkan diri kerana ingin menyumbang bakti dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO, Islam dan orang Melayu yang semakin getir selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Al-Kisah Melayu Malaysia 'mewafatkan' mayat Chin Peng...


MELAYU l:

CHIN Peng sudah mati. Namun, segelintir rakyat Malaysia juga mati fikiran mereka. Mereka mahu supaya mayat komunis itu atau abunya dibawa pulang dan diberi penghormatan.

Ramai pula Melayu dalam laman sosial yang menangisi pemergian pemimpin komunis itu. Ada yang berkata Chin Peng sudah wafat! Mereka mahu mayatnya dikebumikan di tanah air ini.

Seorang lagi pemuda Melayu semasa 'bertwit' menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!

Friday, September 13, 2013

Kesan Zikir Terhadap Otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. 

Wednesday, September 11, 2013

Inikah Hasil Perjuangan Majlis Peguam Dan NGO Songsang?


Baru-baru ini saya terlihat di laman sosial Facebook tentang dua orang anak muda yang dipercayai berbangsa Melayu bergambar sambil berpeluk sakan sebelum memuatkan gambar mereka di laman sosial tersebut.

Melalui ruangan komen gambar tersebut di Facebook, saya dapati kedua anak muda Melayu itu sebenarnya adalah pasangan Gay yang begitu berbangga menjalin hubungan sesama mereka.

Lebih menjelekkan hati, mereka memberitahu umum tentang kebahagiaan mereka sebagai pasangan, berhasrat untuk “berkahwin” di Holland dan memohon agar hubungan mereka itu kekal selamanya…

Monday, September 9, 2013

Apa Yang Anda Wajib Tahu Tentang Subsidi Minyak


Ramai yang mengetahui kerajaan menggunakan setiap subsidi untuk mengawal harga minyak di Malaysia.di sini saya akan lampirkan apa maksud sebenar Subsidi

Subsidi adalah wang yang di bayar oleh kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut adalah rendah berbanding kos sebenar atau di bawah harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringkan beban penguna terutamanya kumpulan sasar yang berpendapatan rendah. TETAPI SUBSIDI JUGA MEMPUNYAI KESAN YANG AMAT NEGATIF SEKALI. 

Konspirasi dan Fitnah Kalimah Syirik




Oleh Zulkifli Noordin
KONSPIRASI gerakan Kristianisasi global sedang bergerak dengan begitu agresif termasuk di Malaysia. Paling mutakhir tuntutan mereka untuk diberi hak menggunakan kalimah Allah di dalam kitab dan penerbitan mereka! Apakah kesan yang akan terjadi kelak jika kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara kita? 
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak kita mengucapkan "La ila ha illalah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah"; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada Allah sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai Allah Maha Esa? Atau dia sedang merujuk kepada Allah Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari Kristian - Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Roh Kudus.

Thursday, September 5, 2013

Video:KJ Umum Empat Nama Pemuda UMNO Tawar Diri Sebagai MT



Meremajakan UMNO? Mampukah mereka? 

Siapalah agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO. Di kalangan pimpinan pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.


Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Wednesday, September 4, 2013

Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Di Sisi Lim Kit Siang dan Anaknya


Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya  Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.