TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Friday, August 23, 2013

Isu Kalimah Allah:Siapa Pejuang Islam Yang Sebenarnya?


Kalimah Allah merupakan pengukur akidah dan fahaman yang begitu berani cuba dipesongkan dari jiwa umat Islam. Musuh dalam dan luar selimut sentiasa berusaha mencari kaedah secara halus dan kasar untuk mengoyangkan dan menghancurkan akidah dan pegangan umat Islam. Ianya merupakan perkara utama dalam mengukur relevan kita sebagai penganut Islam sejati.

Selama ini Parti Islam Semalaysia (PAS) yang merupakan parti politik yang mempergunakan Islam begitu angkuh menuduh UMNO dengan tuduhan yang cukup mencabar UMNO sebagai pejuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama Islam dan Negara. 

Namun isu kalimah Allah yang cuba dimanipulasikan oleh pihak Kristian yang dipengaruhi oleh pakatan pembangkang telah secara terang dan nyata membongkar pihak yang sebenarnya berjuang demi agama Islam yang maha suci.

Perjuangan untuk memertabatkan  dan menjaga akidah umat Islam melihat UMNO bersama NGO yang menyokong UMNO dan kerajaan Barisan Nasional  seperti PERKASA dan JATI terus melangkah tanpa menoleh walau seinci kebelakang berjuang demi Islam. PAS telah menyatakan pendirian mereka dengan jelas bahawa kepentingan politik mengatasi kepentingan Islam dengan terus mengunci mulut dan berdiam diri dalam perjuangan kalimah Allah ini.

UMNO dan penyokong mereka telah sambut penuh kesyukuran apabila  Mahkamah Rayuan  telah menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu kontroversi melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. 

Maka media utama pro kerajaan juga telah menjadikan ini sebagai tajuk utama penuh syukur. Namun perkara sebaliknya berlaku terhadap media utama pakatan pembangkang. Mereka seolah-olah terlalu jijik dengan Islam dan Kalimah Allah sehingga tidak tergamak menyebut dalam berita utama masing-masing.

Pihak PAS dan PKR merupakan antara mereka yang menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa Indonesia.

Isu murtad Nor Azman Beginda yang terbongkar juga telah membuka mata umat Islam. Nor Azman Beginda merupakan saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . 

Beliau adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak yang lepas. Nor Azman  murtad terbongkar apabila  anaknya membawa sosej babi ke sekolah menjadi isu yang menggemparkan negara. Namun pihak PAS dan PKR membisu apabila terbongkarnya isu murtad Azman.

Tambahan pula isu Gereja Methodist Damansara Utama yang menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan juga membongkar pendirian PAS dan PKR yang begitu sanggup menjual Islam demi kepentingan politik mereka. 

Kegiatan murtad yang bertopengkan program bantuan kemanusiaan dan jamuan makan menjadi asas agenda jahat mereka . Malahan tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan murtad telah  dituduh sebagai satu “serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja”.

Angkuhnya pakatan pembangkang melalui gereja telah menuduh umat Islam sebagai mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Maka Menteri Besar Selangor boneka pakatan iaitu Khalid Ibrahim telah mengambil keputusan atau diarahkan menuntut maaf kepada kaum kristian ini dengan restu PAS dan PKR.

Pendedahan Datuk Hasan Ali bahawa bahawa terdapat bukti kegiatan memurtadkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut akhirnya mengejutkan umat Islam.  Ini akhirnya telah menyebabkan beliau dipecat dari jawatan Exco Agama dan juga dipecat dari Parti Islam Semalaysia. 

Islamkah parti itu apabila memecat sesiapa sahaja yang mempertahankan Islam? Bermula dari saat itu maka PAS telah tunjukkan dengan terang bahawa nama parti Islam mereka hanyalah pada nama sahaja. Mereka tidak pernah ikhlas pun memperjuangkan kedaulatan martabat Islam.

No comments:

Post a Comment