Pages

Tuesday, September 24, 2013

#ST4Jasin Buat Laporan Polis





Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, No 01, Sdr. Jezlee bin Pit telah membuat laporan polis berkenaan usaha jahat beberapa pihak mahu membawa pulang abu mayat Komunis Chin Peng.

Bertempat di Balai Polis Merlimau lebih kurang 60 orang muda dari sekitar Merlimau, Serkam dan Sungai Rambai telah berkumpul seawal jam 9 malam untuk turut sama memuat laporan polis.

Wakil Gerakan Belia 4B, MAYC dan Pemuda UMNO telah membuat lebih 50 laporan polis memohon agar pihak PDRM memastikan usaha jahat pihak tertentu ini tidak menjadi kejayaan. Turut serta adalah Sidang-Sidang dan wakil persatuan penduduk taman perumahan sekitar Merlimau.

Menurut Jezlee, abu mayat Komunis Chin Peng tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana penganas itu telah terlalu berdosa kepada rakyat negara ini. Ramai orang Melayu dan termasuk bangsa lain mati dibunuh komunis yang diketuai Chin Peng ketika zaman darurat.

Usaha jahat ini juga perlu dihalang untuk memastikan idealogi jahat komunis tidak kembali bertapak di sini dan ini sekaligus memberikan peluang komunis kembali mengembangkan fahaman jahat mereka.

#ST4Jasin

No comments:

Post a Comment