TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Friday, October 25, 2013

Chin Peng, Mat Indera & Syiah Merintis Kejatuhan Mat Sabu


Hanya tinggal kurang dari 30 hari sahaja lagi menjelang tibanya Muktamar PAS Ke-59 dan makin ianya dekat kelihatan semacam kian tidak sabar pula kebanyakan ahli PAS yang mahu merealisasikan hasrat untuk menjatuhkan Mohamad Sabu dari jawatan Timbalan Presiden.

Keterujaan mereka ke arah itu memang nampak jelas bila mana ahli akar umbi PAS mencalonkan sehingga empat nama pemimpin kanan parti untuk jawatan itu antaranya termasuklah Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dua lagi yang lain ialah Salahuddin Ayub dan Nik Amar Nik Abdullah.

Keadaan yang jarang-jarang berlaku ini tentu sekali merimaskan kerana ia mencerminkan penolakan akar umbi meskipun sejak awal-awal lagi Mat Sabu sudah menegaskan keinginannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Jika semua keempat-empat nama itu mengesahkan diri untuk bertanding, silap gayanya dalam mood sekarang ini mahunya Mat Sabu berada di kedudukan tercorot dan kalaupun berlaku cuma pertandingan dua penjuru atau mungkin tiga, lagilah parah dibuatnya.

Tentulah ada sebab ahli PAS semakin tidak meminati gaya kepimpinan Mat Sabu, barangkali mereka sedar lebih banyak mudarat dari manfaat maka sebab itu diusahakan cara untuk disepak terajang dari jawatan sebelum mudarat semakin merebak.

Dalam keadaan begini, si pengganas Chin Peng yang mendapat simpati Mat Sabu ketika kecoh isu abu mayatnya sebulan lepas pun tak mampu nak tolong bawa keberkatan. Sia-sia Mat Sabu mempromosikan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, berkat tak dapat bala pula yang datang dekat.

Hatta idola Mat Sabu iaitu Mat Indera Komunis yang mengganas dan membakar polis-polis Melayu Islam dalam serangannya di Bukit kepong dan diangkatnya sebagai hero kemerdekaan pun sekelumit zarah tak memberi sebarang manfaat keuntungan untuk hayat politik Mat Sabu.

Sebaliknya dek kerana memuja-muji kedua-dua lahanat itulah menjadi antara punca penyebab semakin cepat Mat Sabu melalui zaman kejatuhannya. Sengsara untuk Mat Sabu tapi bagi ramai ahli PAS yang waras, itu sahaja jalannya untuk membersihkan kembali imej PAS dari terus terpalit dengan najis komunis.

Mungkin ada jalan lain untuk Mat Sabu bagi mempertahankan jawatan duniawi ini. Andainya diambil kira corak pemikiran Mat Sabu yang begitu mengagungkan Ayatollah Khomeini, barangkali semangat si Khomeini keparat itu boleh digembleng untuk memacu kejayaannya.

Malangnya, PAS sekarang ini pun tengah duk bersilat untuk menjauhkan diri dari pengaruh Syiah, makanya tertutup jugalah jalan untuk Mat Sabu merintis penggal kedua sebagai Timbalan Presiden PAS. Jalan penyelesaiannya lepas muktamar nanti jadi ahli biasa jugalah Mat Sabu.

No comments:

Post a Comment