TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Thursday, October 17, 2013

Isu CEC - KJ Belasah Guan Eng


Selepas kenyataannya disalahertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Perndaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .

"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.

"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.


Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.

Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.

Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai “terpencil”, perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.

"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.

"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.

Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.

"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.

"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.-SH
Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/10/isu-cec-kj-belasah-guan-eng-khairykj.html#9yPG6AWrf45dqPyU.99

No comments:

Post a Comment