KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan penerusan penyandang jawatan Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dalam kepimpinan tertinggi parti.
Jelasnya, pelantikan tersebut adalah mengikut fasal-fasal dalam Perlembagaan yang turut memutuskan pelantikan wakil tambahan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
“Mengikut Perlembagaan diputuskan Naib Ketua Pergerakan Wanita iaitu Datuk Azizah Mohd Dun dilantik sebagai wakil jawatankuasa MT tambahan bersama Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar sementara bagi wakil MT tambahan Pemuda ialah Khairul Azwan Harun selaku Naib Ketua Pemuda dan wakil MT tambahan Puteri, Zahida Zarik Khan yang menjawat Naib Ketua Puteri UMNO,” katanya.
Jelas beliau, MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri-menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT.
“Ini agar mereka dapat juga memberi pandangan dalam MT tanpa menyekat untuk ahli-ahli MT tambahan yang lain bersuara,” katanya.
Untuk senarai nama MT tambahan yang lain akan diumumkan pada minggu hadapan. - MediaUMNO
No comments:
Post a Comment