TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Saturday, November 30, 2013

PM Lancar Buku Berunsur Syiah?


Portal pro-DAP, Malaysikaini.com jelas berniat jahat apabila menerbitkan berita “Novel dilancar PM diharamkan Jakim”. Portal itu menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri telah melancarkan sebuah novel yang diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Malaysiakini, “Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.”

Hakikatnya, Perdana Menteri melancarkan 30 judul buku karya asli terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2012 yang antara judul buku yang diterbitkan ialah antalogi rencana karya Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman bertajuk “Pengakuan Penyair”, novel “Perempuan Nan Bercinta” karya Faisal Tehrani, “Biar Puisi Menjadi Peluru” iaitu kumpulan puisi karya Saifullizan Yahaya dan “Memoir Seorang Juruhebah” karya Zainal Abas.

Justeru apabila karya Faisal Tehrani diharamkan oleh JAKIM semalam, Malaysiakini cuba melagakan Jakim dan Perdana menteri demi menyelamatkan penulis kesayangan portal tersebut.

Malaysiakini menulis,
novelharam

“Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung dakwaan kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya.” 
Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas’od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu. 
“Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita… malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai. 
“Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim. 
“Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi,” beliau dipetik sebagai berkata. 
Juga dilancarkan di Seri Perdana 
Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya. 
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk “Kesesatan dan Fahaman Syiah” anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI). 
Tahun lalu, beberapa hari selepas pelancarannya, juga di Seri Perdana, Aizam memberitahu Malaysiakini, Jakim sedang menimbangkan pengharaman novel itu selepas terdapat aduan diterima. 
Sebuah lagi novel Faisal Sebongkah Batu di Kuala Berang turut diharamkan Jakim sebelum ini. 
Novel itu dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan. 
Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.
Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra. 
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi pengarang berhubung langkah terbaru Jakim itu.

Ini bermakna semasa Perdana menteri melancarkan 30 buah buku tersebut ia belum diharamkan oleh Jakim. Malah Perdana Menteri hadir sebagai komitmen beliau kepada industri buku negara dan ITBM, bukannya kerana buku Faisal Tehrani.

Buku Faisal Tehrani hanyalah antara 30 buah buku yang dilancarkan bukan satu-satunya buku.

Usaha Malaysiakini mengadu-domba Jakim dan Perdana Menteri serta membela buku Faisal yang diharamkan sangat mencurigakan. --SUMBER

No comments:

Post a Comment