TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Recent Posts

Thursday, August 29, 2013

Bintang Khairy Kembali Bersinar?


Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi.Beliau lebih tinggi, tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia. Pada pendapat saya, hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek.

Bagi ahli politik yang lain pula, tidak kira kalau mereka dari PR atau BN, mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya, Malaysia. 

Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi, semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!), jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad. 

Saya berpeluang menyaksikan saudara Khairy beraksi di forum Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC) pada hujung minggu lepas.

Saya perlu akui kagum dengan peningkatan yang dicapai beliau selepas berjaya mengharungi jerit perih dunia politik mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. 

Walaupun baru menyertai Kabinet lebih kurang tiga bulan,ternyata pemimpin berumur 37 tahun ini telah pantas menyesuaikan diri dengan portfolio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beraksi dalam wacana yang mencabar ini, Khairy bukan sahaja berjaya menjawab soalan sukar dengan yakin dan jelas, malah sempat menambahkan elemen lucu dalam jawapan beliau (sesuatu yang jarang ditemui dalam Umno).

Jelas,beliau telah berjaya meningkatkan prestasi sejak debat pertama dengan Rafizi Ramli di London pada awal tahun lepas (dianjurkan oleh UKEC juga) dimana saya merupakan salah seorang daripada hadirin. Ternyata medan kempen dan ceramah telah menjadikan beliau lebih yakin untuk mengambil pendekatan yang jujur dalam menjawab soalan sukar.

Sebagai contoh,apabila ditanya tentang kualiti Pakatan yang beliau kagumi,Khairy mengambil masanya sebelum menjawab dengan tenang – “semangat setiakawan”.Kejujuran dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh jawapan beliau (jarang ditemui dalam Umno) telah disambut dengan meriah oleh para hadirin.

Tambahan pula,Ahli Parlimen Rembau yang telah berjaya meningkatkan majoriti beliau sebanyak tiga kali ganda pada PRU 13 yang lalu mampu mengakui kesilapan kerajaan beliau dan menegaskan bahawa BN perlu lebih efisien dalam menangani isu 3C – Corruption,Crime and Cost of Living (Rasuah, Jenayah dan Kos Sara Hidup) kalau ingin menjadi pilihan pengundi muda.

Sebetulnya,kalau isu 3C ini mampu ditangani,tidak mustahil pengundi bandar mungkin akan memilih BN semula. Lebih penting lagi,walau kita berada di musim pemilihan Umno (Khairy akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda) di mana secara lazimnya, pesaing utama untuk jawatan tertinggi dalam Umno selalunya membakar sentimen pro-Melayu, Khairy mampu mengimbangi agenda sayap kanan parti beliau dengan agenda rakyat Malaysia yang lebih meluas dengan baik.

Beliau tidak mengarahkan mereka yang tidak setuju dengan pendapat beliau atau dasar kerajaan untuk berhijrah ke negara lain.Sebaliknya,memberi penerangan baik tentang perjuangan bersifat moderat dalam Umno di samping mengakui kewujudan elemen konservatif dalam parti beliau. 

Pemimpin seperti Khairy Jamaluddin bukan sahaja memberi nafas baru kepada arena politik tetapi mampu meyakinkan golongan “Middle Malaysians” seperti diri saya tentang masa depan politik Malaysia.Kemampuan Khairy untuk memperjuangkan agenda moderat Melayu tanpa menggadaikan kredibiliti beliau dengan akar umbi Umno menunjukkan bahawa masih ada harapan lagi untuk Umno. 


Saya turut mengagumi, kebijakan yang ditampilkan beliau apabila ditanyakan soalan berikut – “Apakah perkataan terbaik untuk menggambarkan Ketua Pembangkang?”  Selalunya apabila Anwar Ibrahim menjadi topik perbualan utama, pemimpin Umno akan guna bahasa kesat. Sebaliknya, Khairy memilih perkataan – “tidak konsisten” – untuk menggambarkan bekas pemimpin Abim ini. 

Dengan ini Khairy telah berjaya mengkritik tanpa bersikap biadab. Saya berpendapat Khairy telah berjaya meyakinkan pengkritik beliau (termasuk saya sendiri) bahawa beliau seorang yang lebih merendah diri dan memahami keinginan akar umbi politik setelah berjaya mengharungi fasa mencabar di mana beliau dipinggirkan dari jawatan Kabinet.

Pengalaman beliau menunjukkan penting ketekunan dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua cabaran dalam hidup mahupun politik. Ternyata, jatuh-bangkit seseorang itu bergantung kepada dirinya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk bintang Khairy kembali bersinar.

Oleh Karim Raslan

7 comments:

  1. itu pandangan u tp pada kebanyakan pandangan orang melayu bahawa KJ adalah orang yang tak layak untuk dijadikan pemimpin melayu yang boleh mengangkat orang melayu dan membawa bangsa,agama dan negara ke arah kecemerlangan krn ia lebih pentingkan diri dan kedudukan dia, dia seorang yang berfikiran terlalu liberal yang tidak didapat diterima oleh bangsa melayu dan agama islam.

    ReplyDelete
  2. UMNO perlu ramai ahli seperti ini.

    ReplyDelete
  3. we all know Karim Raslan .... is a PKR sympatizer

    ReplyDelete
  4. artikel itu ditulis oleh melayu liberal Karim Raslan yang sememangnya penyokong tegar pembangkang. Jadi kalau kamu pun kagumi KJ ini eloklah hancur UMNO!!

    ReplyDelete
  5. KJ adalah:
    1.hit man untuk Ah Jib
    2.point man untuk ah jib
    3.PROXY KAPADA AH JIB GONG GOR
    4. JURUCAKAP Peribadi Kapada AH JIB GOR GONG.
    tapi atas selective prosecution aje .

    Agar tidak di malukan di khalayak umno,saya usulkan Khairi letak jawatan sebelum PAU.

    Kalau mau bertanding,make sure PRU 14 ,kj tidak menang.

    6.KJ sudah tak ada aspirasi melayu, dan hanya aspirasi ikutan kepala bapak kucing bapak sekolah vernakular. suami FLOM.
    7.KJ bolih tubuh parti sendiri .
    Presiden parti itu, Ah Jib gong Gor.
    8.KJ bolih pilih sendiri apa jawatan ,sultan ,emperor ,ceasar oxon klab,sahabat utama.jonathan fan club,Tony ffffff fan klab presiden, atau CEO selaku majikan regina.ex dapster gangstar

    UMNO akan untung dengan ketiaaadan Ah jib gong,penyokong tegar Foon Yew High school, dan juga KJ.
    9.KJ semua jawatan wannabe pandai semua serba bolih,termasuk KLONE Ah JIB GOR GONG.
    Baru 125 hari makan duit rakyat, lagak sombong takabur lagak angkuh, pem wannabe,ikut ah Jib bapak sekolah vernakular.
    gong.
    10 Ah Jib Gong Gor,masih tak sedar lagi dan masih umbang ambing kemelayuan nya setakat halwa maskat dan rendang…
    11. KJ pula bidas Utusan Melayu kerana Ah jib tak pernah bidas Utusan.KJ menjadi proxy agar Ah JIb look GOOD.
    Ah Jib jenis Devils advocate, arah budak suruhan try test trial lab….campak isu ketengah dan sendiri pandai ulas…lihat isu MAS,suruh idris jala.
    12.ah jib silent pem,elegant silence VER.2.0,gasak wakil Hindraf,SELEPAS,SeSUDAH, Zahid dan Hisham rembat Timbalan menteri hindraf. Maana telor Ah jib dah goreng jadi Oinang Char kue tiau Ah Beng Pulau Pinang.

    Ah jib sudah jadi psychadelic kerana ENDLESS POSSIBILITIES.
    KJ sebagai KLONE, terpaksa psycadealik lebih dari Ah Jib kerna KJ ada lah Klon.

    Cukup lah dengan mind games, political games.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  6. 1148 RBA cina bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut...ketawakan dia

    ReplyDelete