TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Friday, August 2, 2013

Dong Zong Sudah Patut Dikuburkan


RAMAI menyambut baik ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak begitu saja gesaan Dong Zong supaya kerajaan tidak meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini.

Sememangnya pertubuhan rasis cina seperti Dong Zong ini tidak sepatutnya diberi muka oleh kerajaan kerana terbukti tanpa sokongan orang Cina sekalipun, kerajaan BN masih mampu bertahan hasil bantuan orang Melayu, India dan bumiputera Sabah/Sarawak.

Ketegasan Muhyiddin ini adalah antara beberapa perubahan besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan sejak kembali mendapat mandat pada 6 Mei yang lepas.  Sebelum ini imej Menteri Dalam Negeri selaku ‘Menteri Amaran’ juga berjaya dihakis bila Datuk Seri Zahid Hamid mengambil alih jawatan itu dari penjawat sebelumnya.

Inilah sebenarnya yang dinantikan rakyat Malaysia terutama kumpulan majoriti yang memberi kemenangan kepada BN dalam pilihanraya umum yang lepas.  Kumpulan minoriti seperti yang diwakili Dong Zong ini tidak sepatutnya diberi perhatian langsung, usah kata nak bagi muka, anggap macam takde sudah.

Proposal dari pertubuhan ini (kalau ada) sepatutnya diludah dan dibakul sampahkan saja.

Malah, kerajaan sudah sepatutnya memulakan proses untuk mengharamkan kewujudan pertubuhan seperti Dong Zong ini yang terbukti hanya memecah belahkan rakyat Malaysia melalui diskriminasi bahasa.  Selagi pertubuhan rasis seumpama ini wujud, selagi itulah perpaduan nasional yang diimpikan setiap pemimpin negara ini tidak akan menjadi kenyataan.

Justifikasinya kepada kenyataan di atas mudah saja.

Sementara semua orang tahu bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, Dong Zong pula cuba menafikan hakikat itu dengan mempromosikan bahasa Mandarin sebagai terunggul, mengatasi bahasa Melayu dan Inggeris yang secara terang dinyatakan sebagai bahasa pertama dan kedua dalam perlembagaan negara kita.

Kewujudan Dong Zong dalam sistem pendidikan kita adalah ibarat virus yang menunggu masa untuk melumpuhkan sistem badan manusia – dalam konteks ini Malaysia sebagai sebuah negara.  Apatah lagi virus ini semakin mengukuh sekarang dengan kewujudan penipu seperti Anwar Ibrahim yang punya banyak lidah dan rupa.

Dari situ barulah proses menasionalisasikan sistem pendidikan negara kita akan menjadi mudah.  Penulis rasa kita patut malu kerana kita adalah satu-satunya negara di dunia yang masih mengamalkan sistem sekolah vernakular disebalik wujudnya sistem pendidikan kebangsaan yang patut lebih diutamakan.

Tidak ada negara di dunia yang mengamalkan sistem seumpama ini, waima di China, Taiwan dan Singapura pun (3 negara yang jadi kiblat Dong Zong).  Tidak hairan kenapa negara-negara ini jauh lebih maju dari kita, mereka cakap satu bahasa, nak berurusan mudah, nak bergaduh mudah, nak buat apa pun mudah.

Ini kita suruh repair rantai, dia pergi repair lantai!!  Bodoh betul generasi hasil didikan Dong Zong ni, macam mana negara nak maju?

Apa pun tahniah kepada Muhyiddin atas ketegasan tersebut dan penulis harap ketegasan ini akan berterusan sampai bila-bila.  Pedulikanlah puak-puak ini, tanpa sokongan mereka pun, kita masih boleh menang apa.--MYKMU

No comments:

Post a Comment