TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Recent Posts

Friday, August 2, 2013

Kes Tomboi dan Anjing:Keluarga Malu dan Sedia Mohon Maaf


Diharap kita semua berfikir dengan akal yang waras sebelum melakukan sesuatu perkara.
Jangan lakukan perkara yang mencemarkan nama baik keluarga dan yang menghina agama Islam.
Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Jagalah nama baik keluarga kita.--ST4Jasin 
BATU PAHAT 1 Ogos - Bapa saudara kepada Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang lain di bulan Ramadan ini.

Wahid Togom, 57, berkata, permohonan maaf itu dibuatnya bagi mewakili seluruh keluarga dan Maznah.

Menurutnya, Maznah atau mesra dipanggil Mai oleh keluarga telah dibesarkan oleh bapanya iaitu Togom Yanang sejak berusia setahun sehingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) di sini.

"Semasa kecil Mai tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama sebaliknya dia juga cemerlang dalam pelajaran termasuk mata pelajaran agama Islam.

"Tetapi segalanya berubah selepas dia pulang daripada menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS). Mungkin dia telah terpengaruh dengan gejala sosial sehingga mengamalkan gaya hidup yang pelik di negara ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Perserai di sini hari ini.

Sementara itu, Maznah telah direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi ketika dihubungi mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Tambah Wahid, tindakan Maznah juga turut menjejaskan nama baik bapanya (Togom) yang juga seorang penangkap dan penjinak buaya terkenal di negara ini sekitar 1970-an.

Menurut Wahid, keluarganya turut akur dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Maznah ketika ini dan berharap anak saudaranya itu diberikan hukuman yang mampu memberikan keinsafan.

"Saya dan isteri telah puas berdoa supaya Mai insaf, mungkin inilah jalannya (hukuman) yang dapat menginsafkan dia daripada hidup dengan cara yang bertentangan dengan suruhan agama.

"Walaupun ibu dan bapanya tidak menjaganya sejak kecil namun saya yakin mereka antara orang yang kecewa dengan tindakan Maznah yang memalukan itu," katanya.

Dalam pada itu, adik Maznah, Zuraimi, 35, yang kini menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang dan keluarga mereka di Taman Sungai Abong di sini kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana sudah pun mengetahuinya sejak 2010.

"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas dan sebagai seorang tomboi," ujarnya.--UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. dilahirkan dalam ISLAM, maka hukum Islam itu tetap di junjung

    ReplyDelete