TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Monday, September 9, 2013

Apa Yang Anda Wajib Tahu Tentang Subsidi Minyak


Ramai yang mengetahui kerajaan menggunakan setiap subsidi untuk mengawal harga minyak di Malaysia.di sini saya akan lampirkan apa maksud sebenar Subsidi

Subsidi adalah wang yang di bayar oleh kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut adalah rendah berbanding kos sebenar atau di bawah harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringkan beban penguna terutamanya kumpulan sasar yang berpendapatan rendah. TETAPI SUBSIDI JUGA MEMPUNYAI KESAN YANG AMAT NEGATIF SEKALI. 

1 -Wujudnya penyelewengan dan penipuan oleh pihak yg tidak bertangungjawab yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan penipuan menjual semula hasil barangan subsidi kepada harga barangan bukan subsidi seperti diesel

2 -Meningkatnya penyeludupan barangan kawalan subsidi keluar sempadan negara seperti Thailand dan indonesia yang tidak melaksanakan plan subsidi barangan kawalan kepada rakyat mereka. 

3 -Kos penguatkuasaan oleh kerajaan akan memerlukan perbelanjaan tambahan. Ini bererti kerajaan perlu mengambil peruntukan kewangan daripada projek-projek lain termasuk sekolah dan hospital serta projek-projek infrastruktur awam yang lain bagi menampung peningkatan kos penguatkuasaan kawalan subsidi. 

4 -Pemberian Subsidi akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk mengurangkan Defisit Negara.

5 -Subsidi Minyak Contohnya lebih menguntungkan Golongan kaya yang memiliki banyak kenderaan dan berkenderaan besar yg berenjin Diesel. Berbanding golongan sederhana dan miskin yg hanya mempunyai sebuah ataupon hanya motorsikal sahaja. Ini tidak mencapai kumpulan sasar serta Objektif Subsidi Minyak yg di berikan oleh kerajaan. Lebih baik sekiranya wang yang di gunakan untuk subsidi ini di gunakan utk tujuan lain yg menguntungkan Rakyat jelata umumnya. 

6 -Berlakunya Pembaziran sumber dan ketida cekapan pengunaan sumber akibat pemberian subsidi yang berterusan.Subsidi mewujudkan rentetan pasaran kerana tidak mengambarkan nilai sebenar sesuatu produk.Jika produk di perolehi dengan harga di bawah nilai sebenar pembaziran atau pengunaan sumber yang tidak Efisyen akan terus berlaku dan ia Tidak menyumbang kepada peningkatan Produktiviti. 

7 -Pemberian subsidi akan mewujudkan keadaan dimana rakyat menjadi terlalu bergantung kepada kerajaan sepenuhnya tanpa ada niat utk berdikari. Walaupun negara mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti masyarakat akan kekal pada tahap atau kelas ketiga. Malah ia turut melahirkan masyarakat prejudis yg akan mempersalahkan kerajaan apabila setiap kali berlaku pengurangan subsidi contohnya minyak. Walhal harga minyak di tetapkan olah pasaran minyak dunia.di luar kawalan negara itu sendiri.--SUMBER

No comments:

Post a Comment