TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Recent Posts

Wednesday, September 11, 2013

Inikah Hasil Perjuangan Majlis Peguam Dan NGO Songsang?


Baru-baru ini saya terlihat di laman sosial Facebook tentang dua orang anak muda yang dipercayai berbangsa Melayu bergambar sambil berpeluk sakan sebelum memuatkan gambar mereka di laman sosial tersebut.

Melalui ruangan komen gambar tersebut di Facebook, saya dapati kedua anak muda Melayu itu sebenarnya adalah pasangan Gay yang begitu berbangga menjalin hubungan sesama mereka.

Lebih menjelekkan hati, mereka memberitahu umum tentang kebahagiaan mereka sebagai pasangan, berhasrat untuk “berkahwin” di Holland dan memohon agar hubungan mereka itu kekal selamanya…

Terus terang saya katakan, inilah hasil perjuangan “hak asasi manusia” yang telah berjaya menyusup masuk ke bumi bertuah yang bernama Malaysia ini.

Inilah hasil perjuangan Majlis Peguam Negara (Bar Council), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan tokoh-tokoh pro-Pakatan Haram yang lain seperti Ambiga, Irene Fenandez dan ramai lagi. Tidak terkecuali, “the ugly duck” Marina Mahathir yang turut terpengaruh dengan perjuangan LGBT.

Inilah hasil sikap terlalu terbuka dan liberal seorang yang kononnya dilabel sebagai “Pak Syiekh” yang sebelum ini menganggap undang-undang berhubung LGBT di Malaysia sebagai “lapok dek zaman”. Mungkin pada “Pak Syiekh”, LBGT itu melambangkan “keterbukaan” dan kemajuan tamadun…

Gay

Baiklah. Saya ingin bertanya pada para pembaca. Sekiranya dua anak muda di dalam gambar tersebut merupakan anak, adik atau abang kalian semua, apakah yang terlintas dalam kotak pemikiran masing-masing?

Bolehkah kita terima? Mahukah kita terima hakikat bahawa anak, adik, atau abang kita itu sememangnya seorang gay, menjalin hubungan intim secara songsang, tergolong dalam kategori “kaum Nabi Luth” dan jelas mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam?

Cuba bayangkan pula sekiranya kita mempunyai seorang ayah yang terlibat dengan hubungan songsang, mempunyai nafsu buas luar tabii, gemar melanggan pelacur dan lelaki “jambu”. Apa perasaan dan tindakan yang akan kita lakukan?

Mungkin kita tidak melihat sendiri dengan mata dan kepala tentang “perlakuan pelik” bapa kita dengan pasangan gay kesayangannya. Mungkin juga kalau ada bukti sekalipun, ia agak sukar untuk dibuktikan di mahkamah ekorang beberapa ilat teknikal yang remeh dan kecil.

Tapi, kita sendiri yakin bapa kita itu merupakan seorang pengamal hubungan luar tabii dan menyokong LGBT secara diam. Apa percaturan yang bakal tercetus di dalam akal kita? Kita dapat terima, kah?

Pada saya, inilah yang berlaku bila wujudnya pihak yang memperjuangkan tentang sesuatu yang salah dan tidak wajar sama sekali. Pada mereka, kononnya LGBT itu adalah sebahagian dari “hak asasi manusia”.

Padahal, LGBT itu adalah satu penghinaan jelas pada hak asasi manusia, bukan? Fitrah manusia melarang sebarang hubungan songsang, bukan? Malah jika seseorang itu dilahirkan khunsa, dia perlu memilih untuk menjadi seorang lelaki atau wanita, bukan?

Persoalannya, entah bagaimana caranya sehingga sesuatu yang bertentangan dengan norma fitrah manusia itu dapat diputar belitkan hingga dikatakan ia sebagai sebahagian dari “hak asasi manusia”? Malah dakwaan songsang itu mendapat sokongan Pakatan Haram pula?

Saya tertanya-tanya, apakah Pakatan Haram dan NGO-NGO seperti Bar Council, Suaram dan lain-lain itu cuba mengubah prinsip pemikiran rakyat Malaysia supaya menyokong sesuatu yang dilarang Islam serta bertentangan dengan fitrah kejadian manusia?

Melihat pada gambar dua anak muda Melayu itu, saya terbayangkan wajah-wajah generasi muda Malaysia yang akan datang. Apakah corak pemikiran mereka akan terpengaruh dengan ajaran sesat pembangkang suatu hari nanti? Na’uzubillah min zalik, minta dijauhkan.--SUMBER

2 comments:

  1. Dunia Islam/Dunia Ketiga JANGAN tunduk lagi kpd. ancaman loyar-loyar/NGO-NGO SAMPAH DAPSYAITAN/PKR (dan sekutu mereka dr. PAP-Barat-Israel) dgn undang-undang berasaskan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si KAPIR Barat-Zionis (kononnya "universal human rights" - PENIPU betul), salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya dan seluruh Dunia Ketiga!

    Golongan liberal Islam/Melayu juga memang PENJAHANAM agama, bangsa dan negara (ramai dari mereka juga menyusup masuk nak MENJAHANAMkan UMNO, termasuk dgn. menumbangkan YB DS Shahrizat). Kerana mereka sudah TAKSUB dgn "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis! Kononnya falsafah dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik', tetapi di mana wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah (termasuk kanak-kanak), dadah, alkohol dan perjudian – telah MENJAHANAMkan akhlak dan akidah mereka, sbg. umat Islam!

    Dan JAKIM/JAWI mesti berusaha lebih keras utk. menggagalkan projek DAJAL si Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR dan sekutu mereka, utk. “MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan” Bumiputera miskin Sabah-Sarawak , Orang Asli serta umat Islam/Melayu liberal. Puak Kristian Zionis sebenarnya disyaki pengikut SATANISME, yg. berkaitan rapat dgn. Zionisme (lihat simbol Zionisme – hampir sama dgn. simbol Satanisme jika diteliti betul.betul) – di mana puak Satanisme /Freemason adalah disyaki DALANG utama di belakang rejim Barat-Israel, EU/NATO, ICC dan UN, yg. begitu bencikan Islam, sentiasa dahagakan DARAH kaum Islam, serta asyik merompak kekayaan Dunia Islam terutamanya limpahan minyak-gas oleh Allah SWT. Kerana Satanisme juga berkaitan rapat dgn. Materialisme dan Darwinisme – di mana akhlak manusia menjadi spt. binatang buas, dan sentiasa tamak dan bongkak dgn. amat rakus [lihat di http://www.youtube.com/watch?v=h4yXIpsliYY, Pemujaan Syaitan (Evil Rituals), oleh www.harunyahya.com]

    Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAPSYAITAN/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  2. Inilah produk yang cuba dihasilkan oleh para pejuang LGBT serta pengikut setia ANUWAR.

    ReplyDelete