TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Recent Posts

Thursday, September 26, 2013

Hukuman Penjara 15 Tahun Tidak Iktiraf Jalur Gemilang


Kebiadapan pembangkang menghina, memijak dan menukar jalur gemilang  Negara sesuka hati sebagai salah satu mainan politik kotor mereka akhirnya bakal membawa padah. Ini berikutan dengan pindaan undang-undang yang bakal diluluskan di Parlimen kelak.

Menurut  peruntukan undang-undang ini yang terkandung dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan bahawa  mana-mana pihak yang menggunakan, mengiktiraf serta mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia sebenar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Selama ini pembangkang telah mempermainkan undang-undang negara. Dengan bersandarkan kepada barisan ahli Majlis Peguam yang tegar menyokong mereka telah memberi ruang dan kesempatan untuk mereka mencetuskan provokasi melampau menghina dan mempermainkan kedaulatan negara dengan “loophole” atau kelemahan ruang yang terdapat dalam undang-undang negara. 

hina bendera hishamudin rais

Namun kita sebagai sebuah negara Raja Berpelembagaan yang sentiasa memperbaiki sebarang kelemahan dari masa ke semasa   akan memastikan pengkhianat dan musuh Negara ini bakal mendapat hukuman yang setimpal.

Baru-baru ini semasa Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka telah  dicemari  dengan perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang yang telah  mengibarkan dan mengagungkan  bendera Sang Saka Malaya semata-mata mahu mencipta provokasi menghina kedaulatan negara.  

Mereka dengan biadap juga telah  menggelarkan bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai ‘jalur temberang’. Pengkhianat  negara ini juga mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan sebagai  ’hari malapetaka’.

Maka pindaan undang-undang yang berkaitan jalur gemilang ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang waras dan sayangkan keamanan negara. Namun begitu rakyat tidak mahu penguatkuasaan terhadap para pengkhianat negara berhenti setakat itu sahaja. Rakyat mahukan penguatkuasaan berterusan dan tindakan yang cukup tegas dikenakan terhadap musuh dan pengkhianat negara ini.

Pindaan terhadap akta melindungi jalur gemilang ini juga merangkumi bendera-bendera rasmi semua negeri di Malaysia. Menurut rang undang-undang itu, mana-mana pihak yang berbuat demikian telah melakukan satu kesalahan dan pindaan tersebut juga melibatkan bendera-bendera rasmi semua negeri di negara ini. 

Seksyen ini juga turut memperuntukan  hukuman kepada mereka yang didapati mencacatkan, membakar, menghina, memusnahkan, meletakkan di atas lantai atau tanah serta mempersoalkan dengan niat untuk tidak menghormati mana-mana lambang dan bendera negara-negara asing. Jika sabit kesalahan, mereka yang melakukan perbuatan itu juga boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Semoga agenda menghina jalur gemilang secara berterusan oleh pembangkang dapat dikekang dengan wujudnya pindaan undang-undang ini. Rakyat sudah mual dan muak dengan sikap biadap dan kurang ajar pembangkang.  

Namun kita juga tahu bahawa pembangkang yang suka mengancam negara dengan mencetuskan provokasi akan sentiasa mencari isu-isu baru yang meloyakan untuk memberi gambaran kepada dunia betapa huru-haranya Malaysia.

Sekali lagi ditekankan di sini, sikap biadap para pembangkang ini bermula dengan kejayaan mereka memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat. Mereka telah membuat perancangan dengan teliti sebelum menjalankan proses penghinaan dan pengkhianatan  terhadap kedaulatan dan keamanan negara.

Sebelum ini rakyat telah dijanjikan bahawa pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat akan digantikan dengan akta yang lebih baik bagi melindungi kedaulatan negara. Oleh itu rakyat masih menunggu janji dari kerajaan Barisan Nasional ini menjadi kenyataan. Kami mahukan keamanan, stabiliti, perpaduan dan kemajuan.

1 comment:

  1. setuju amat setuju laksanakan secepatnya

    ReplyDelete