TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Recent Posts

Friday, December 20, 2013

Wee Ka Siong Jangan Biadap


"Berhenti daripada menakut-nakutkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO mengancam kedudukan kaum lain di Malaysia. Kenyataan populis sebegini tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemimpin MCA."

Kenyataan balas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii ini merujuk kepada ucapan oleh Bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong semasa berucap pada Kongres Pemuda MCA hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan UMNO (pemimpin UMNO) dan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional (BN) supaya berhati-hati semasa mengeluarkan ucapan atau idea yang boleh menyebabkan sokongan pengundi-pengundi Cina hilang pada Pilihanraya Umum nanti.

Mohd Razlan mengingatkan juga Wee Ka Siong supaya mempelajari ilmu politik yang matang daripada termakan rentak tarian politik seperti DAP.

"Pemuda MCA harus melihat apa yang telah UMNO lakukan selama ini dengan memperjuangkan nasib semua kaum. Tiada satu pun nasib kaum di Malaysia ini yang tersisih daripada pandangan mata UMNO.

Hasil ambil peduli UMNO selepas Merdeka sehingga hari ini, banyak kaum bukan Melayu telah mendapat manfaat daripada perjuangan UMNO sehingga melahirkan pelbagai orang bergelar jutawan."

"Tambahan pula MCA sendiri perlu keluar daripada kepompong syok sendiri dan zon selesa," katanya.

Beliau terkilan apabila hari ini MCA seakan-akan cuba mencari populariti daripada prestasi merosot BN pada PRU 13 yang lepas sedangkan umum mengetahui UMNO berjaya menambah banyak kerusi berbanding PRU 12 pada 2008.

"MCA wajib bermuhasabah diri dan berhenti melihat UMNO sebagai ancaman kepada kaum lain."

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

8 comments:

  1. Tahniah saya ucapkan pada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Semuga perjuangan mu itu diberkati dan diredhai ALLAH sw. Dari orang tua kampung sebelum Merdeka...

    ReplyDelete
  2. MCA sendiri dah tak relevan bangsa sendiri dah ambil DAP hanya UMNO yang ikut rentak mereka, minta macam-macam, pilihanraya kalah, cakap banyak ,bangsa tak sedar diri.Menang pun kawasan bukan majoriti kaum mereka.

    ReplyDelete
  3. Slm mohon di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Blog anda telah dipautkan di blog Tasek Gelugor Portal. http://empiremediatg.blogspot.com/
    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Semua Ahli-ahli MCA Malaysia yang dihormati,

    Segelintir pemimpin MCA seperti YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) dan Yip Jiun Hann(pemuda MCA Gombak) perangainya sendiri pun tidak bermoral dan nama pun sangat busuk di Selangor. Khas nya di Kepong, Selayang, Rawang dan lain tempat, seperti makan wang SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, merosakkan keluarga orang lain……..perangai sebegitu jahat.

    Mereka cuba suruh kita menyokong Donald lim Siang Chai, sekira kumpulan ini bermenang dalam parti MCA, saya yakin parti MCA akan tenggelam selama-lama di Malaysia

    Jangan kena jerat, sokong lah Saudara Dr Wee Ka Siong

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete
  6. mca already hancus. should pullout from bn. u dont get any support from either the chinese or malays. u
    mca already kaput.

    ReplyDelete
  7. MCA party yg x relevant lgi..kalah pilihanraya cari/letak kesalahan Kat umno yg merupakan parti yg menjadi pilihan org melayu walau pelbagai tomahan yg dilemparkan..cukup2 la pemimpin2 politik cina ni x kire la dap me MCA mereka ni same je..suka buat provokasi n then pinpoint Kat org lain

    ReplyDelete
  8. MCA party yg x relevant lgi..kalah pilihanraya cari/letak kesalahan Kat umno yg merupakan parti yg menjadi pilihan org melayu walau pelbagai tomahan yg dilemparkan..cukup2 la pemimpin2 politik cina ni x kire la dap me MCA mereka ni same je..suka buat provokasi n then pinpoint Kat org lain

    ReplyDelete