TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Friday, January 3, 2014

Kalimah Allah: Pemuda Umno Nyatakan Pendirian Sokong Titah Sultan Selangor


November 2013 yang lalu, DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar kalimah Allah tidak digunapakai oleh agama lain selain agama Islam bagi negeri Selangor. Titah tersebut menerima sokongan yang positif dari seluruh pelusuk Malaysia dan sejajar dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan isu penggunaan kalimah Allah.

Namun masih ada lagi individu yang tidak menghormati keputusan ini dan bertindak secara terang-terangan meneruskan penggunaan kalimah Allah di dalam terbitan, cetakan dan pengucapan dikalangan bukan Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi menyatakan pendirian yang kuat menyokong titah baginda Sultan Selangor dalam larangan penggunaan kalimah Allah dikalangan bukan Islam dan mengecam sebarang tindakan yang boleh dianggap mencabar titah baginda.

Ini adalah satu penderhakaan dan ianya juga satu tindakan yang sangat tidak peka serta tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi. Selaku individu yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum dimana kedudukan institusi beraja berada di kedudukan yang tertinggi sebarang bentuk penderhakaan adalah sangat biadap.

Disaat ini timbul satu persoalan iaitu dimanakah suara-suara parti lain yang berasaskan agama Islam di negara ini? Sebagai individu yang beragama Islam, tanggungjawab mempertahankan kalimah Allah ini tidak sepatutnya disenyapkan semata-mata untuk menjaga kepentingan parti.

Cabaran yang berbentuk sebegini rupa yang boleh mengganggu gugat sensitiviti umat Islam harus dihentikan dengan segera.--Sumber: FB Azwanbro

2 comments:

  1. bukan kp umno kata ikut 10 solution pm najib cakap. kp umno tak sokong tindakan jais. bukan ke semua pemuda kena ikut pandangan kp sebagai tanda sokongan. kalu ikut sultan, itu kena sokong tindakan jais. berlawanan dgn kata kp umno.

    ReplyDelete
  2. Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

    Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

    Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

    YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
    NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
    JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
    52100 KUALA LUMPUR

    ReplyDelete