TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Thursday, August 29, 2013

Bintang Khairy Kembali Bersinar?


Khairy Jamaluddin dianggap sebagai seorang yang unik dari dulu lagi.Beliau lebih tinggi, tampan (hitam manis) dan bijak daripada kebanyakan ahli politik di Malaysia. Pada pendapat saya, hanya Rafizi Ramli (yang perlu menurunkan berat badan beliau dengan segera) mampu bersaing dengan beliau dari segi politik mahupun intelek.

Bagi ahli politik yang lain pula, tidak kira kalau mereka dari PR atau BN, mereka setakat pemerhati dalam apa yang bakal berkembang untuk menjadi pertarungan untuk masa depan kepimpinan kaum Melayu dan akhirnya, Malaysia. 

Memandangkan Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi, semakin tidak relevan dalam arena politik nasional (kecuali dalam menggesa pembatalan konsert!), jelas bahawa dua pemimpin muda ini akan terus menjadi pesaing politik untuk beberapa dekad. 

Wednesday, August 28, 2013

Tugu Negara Di Serang Komunis


Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Monday, August 26, 2013

JOM BACA:Surat Tun Dr. Mahathir kepada Tunku


Pada hemat saya, para pemimpin UMNO dan BN wajar menghayati serta menginsafi surat ini agar tidak menjadi ‘Tunku Ke 2′ yang akan menerima surat seperti ini dari ‘Dr Mahather Ke 2′!

Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Tentang CINA MESTI BACA !

Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Friday, August 23, 2013

Isu Kalimah Allah:Siapa Pejuang Islam Yang Sebenarnya?


Kalimah Allah merupakan pengukur akidah dan fahaman yang begitu berani cuba dipesongkan dari jiwa umat Islam. Musuh dalam dan luar selimut sentiasa berusaha mencari kaedah secara halus dan kasar untuk mengoyangkan dan menghancurkan akidah dan pegangan umat Islam. Ianya merupakan perkara utama dalam mengukur relevan kita sebagai penganut Islam sejati.

Selama ini Parti Islam Semalaysia (PAS) yang merupakan parti politik yang mempergunakan Islam begitu angkuh menuduh UMNO dengan tuduhan yang cukup mencabar UMNO sebagai pejuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama Islam dan Negara. 

Namun isu kalimah Allah yang cuba dimanipulasikan oleh pihak Kristian yang dipengaruhi oleh pakatan pembangkang telah secara terang dan nyata membongkar pihak yang sebenarnya berjuang demi agama Islam yang maha suci.

Zahid Beri Amaran Kepada Waytha Moorthy – Jangan Masuk Campur Hal Polis!


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy supaya jangan masuk campur hal Polis.

“Jangan masuk campur urusan Polis. Polis perlu diberi ruang menjalankan kerja mereka,” kata Zahid kepada pemberita.

Beliau turut menasihat Timbalan Menteri tersebut supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang bertentangan dengan polisi kerajaan.