RAMAI menyambut baik ketegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak begitu saja gesaan Dong Zong supaya kerajaan tidak meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada September ini.
Sememangnya pertubuhan rasis cina seperti Dong Zong ini tidak sepatutnya diberi muka oleh kerajaan kerana terbukti tanpa sokongan orang Cina sekalipun, kerajaan BN masih mampu bertahan hasil bantuan orang Melayu, India dan bumiputera Sabah/Sarawak.
Ketegasan Muhyiddin ini adalah antara beberapa perubahan besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan sejak kembali mendapat mandat pada 6 Mei yang lepas. Sebelum ini imej Menteri Dalam Negeri selaku ‘Menteri Amaran’ juga berjaya dihakis bila Datuk Seri Zahid Hamid mengambil alih jawatan itu dari penjawat sebelumnya.
.jpg)