Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol.
“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih
berhati-hati dengan apa yang dikatakan.
Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap
keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar)
dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
“Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar
mereka,” katanya.

