Oleh A Suffian
Sebelum kita berhujah lebih jauh lagi tentang syarikat swasta dan orang Melayu, penulis ingin mengingatkan bahawa apa yang dicanangkan oleh pihak pembangkang tentang kononya syarikat swasta yang dimiliki oleh kaum Cina adalah lebih adil kerana mengamalkan meritrokasi, merupakan pembohongan terbesar yang dilakukan oleh pihak pembangkang Malaysia.
Ini kerana mengikut pengalaman penulis sendiri, tidak ada satu pun syarikat swasta Cina yang benar-benar adil dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pekerja bukan Cina.
Penulis juga pernah berhadapan dengan diskriminasi kaum Cina terhadap bangsa bukan Cina. Bayangkan, sekiranya seorang pekerja bukan Cina memohon jawatan dan mempunyai ijazah dari universiti tempatan atau antarabangsa, mereka tetap akan dibayar kurang daripada apa yang dibayar kepada seorang pekerja berbangsa Cina yang mempunyai diploma atau hanya SPM sahaja. Walhal kedua-dua pekerja ini setaraf dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman langsung. Perkara ini terjadi di seluruh Malaysia, dan mereka yang bekerja di dalam syarikat Cina tahu akan perkara ini.

