Pemuda UMNO hari ini menyatakan keterbukaan berhubung isu muzakarah antara parti itu dengan Pas dan melihat jika tawaran itu dibuat secara ikhlas dan jujur demi masa depan umat Islam.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata usaha ke arah itu biarlah dilaksanakan tanpa prasyarat yang terlalu berat untuk kedua-dua belah pihak.
“Kita terbuka dalam isu muzakarah dan kita lihat kalau sekiranya tawaran itu dibuat secara ikhlas, secara jujur maka kita menyokong sebarang usaha untuk melihat kedua-dua parti terbesar Melayu di negara ini untuk membincangkan demi masa depan negara dan juga demi masa depan umat Islam.