TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – 2 HINGGA 7 DIS 2013

Wednesday, October 30, 2013

15 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Syiah


Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”.

Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

Tuesday, October 29, 2013

Kalimah Allah Dalam Pelbagai Tulisan


KENAPA kita larang Kristian gunakan kalimah Allah?

Kita menentang Kristian di Malaysia ini guna kalimah Allah kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk iktiqad atau akidah yang syirik dan kufur! Iaitu mereka mengatakan Allah itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Mereka telah, sama ada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah Allah!

Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah Allah yang disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah Allah itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti - Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.

Saturday, October 26, 2013

9 Penjenayah Yang Sangat Ganas di Malaysia



botak chin
Botak Chin
1. Botak Chin

Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. 

Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. 

Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. 

Friday, October 25, 2013

Chin Peng, Mat Indera & Syiah Merintis Kejatuhan Mat Sabu


Hanya tinggal kurang dari 30 hari sahaja lagi menjelang tibanya Muktamar PAS Ke-59 dan makin ianya dekat kelihatan semacam kian tidak sabar pula kebanyakan ahli PAS yang mahu merealisasikan hasrat untuk menjatuhkan Mohamad Sabu dari jawatan Timbalan Presiden.

Keterujaan mereka ke arah itu memang nampak jelas bila mana ahli akar umbi PAS mencalonkan sehingga empat nama pemimpin kanan parti untuk jawatan itu antaranya termasuklah Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dua lagi yang lain ialah Salahuddin Ayub dan Nik Amar Nik Abdullah.

Keadaan yang jarang-jarang berlaku ini tentu sekali merimaskan kerana ia mencerminkan penolakan akar umbi meskipun sejak awal-awal lagi Mat Sabu sudah menegaskan keinginannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Mampukah PAS Mempertahankan Kekuatannya Di Sungai Limau?


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N20 Sungai Limau secara rasminya akan bermula sebaik sahaja selesai proses penamaan calon hari ini. Sebagai penyandang, PAS mempunyai kelebihan berbanding BN kerana DUN Sungai Limau yang dulu dikenali sebagai Sala sering dianggap sebagai kubu kuatnya.

Pun demikian, jika rekod PRU-PRU terdahulu dijadikan sandaran, secara umumnya Sungai Limau bukanlah kubu kuat PAS dalam erti kata sebenar. Kenapa penulis katakan begitu?

Sungai Limau walau pun kelihatan seperti kubu PAS namun ia tidak seperti PAS Pengkalan Chepa yang kubunya sukar ditembusi, sebaliknya penguasaan PAS di Sungai Limau turun naik dan kekuatannya pernah diruntuhkan oleh BN beberapa kali sebelum ini.