TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Friday, October 4, 2013

Jika Orang Melayu Tiada Kualiti, Cina Dah Lama “Mati”


Oleh A Suffian

Sebelum kita berhujah lebih jauh lagi tentang syarikat swasta dan orang Melayu, penulis ingin mengingatkan bahawa apa yang dicanangkan oleh pihak pembangkang tentang kononya syarikat swasta yang dimiliki oleh kaum Cina adalah lebih adil kerana mengamalkan meritrokasi, merupakan pembohongan terbesar yang dilakukan oleh pihak pembangkang Malaysia.

Ini kerana mengikut pengalaman penulis sendiri, tidak ada satu pun syarikat swasta Cina yang benar-benar adil dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pekerja bukan Cina.

Penulis juga pernah berhadapan dengan diskriminasi kaum Cina terhadap bangsa bukan Cina. Bayangkan, sekiranya seorang pekerja bukan Cina memohon jawatan dan mempunyai ijazah dari universiti tempatan atau antarabangsa, mereka tetap akan dibayar kurang daripada apa yang dibayar kepada seorang pekerja berbangsa Cina yang mempunyai diploma atau hanya SPM sahaja. Walhal kedua-dua pekerja ini setaraf dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman langsung. Perkara ini terjadi di seluruh Malaysia, dan mereka yang bekerja di dalam syarikat Cina tahu akan perkara ini.

Natijahnya, apa yang dilolongkan oleh pihak pembangkang tentang kehebatan orang Cina dalam berlaku adil terhadap bangsa lain adalah satu omongan kosong sahaja. Apakah golongan Melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat, tidak sedar akan keadaan ini? Apakah mereka fikir bahawa bangsa mereka terlalu lemah sehingga dikutuk begini pun mereka masih lagi mahu membela rakan-rakan chauvinist Cina mereka atas dasar politik kepartian?

Baru-baru ini seorang ahli akademik yang berbangsa Cina Malaysia bernama Dr Michael Lim Mah Hui telah mengeluarkan kenyataan yang teramat rasis kononya orang Melayu tiada kualiti. Dr Michael Lim juga telah membandingkan pekerja swasta dan pekerja kerajaan dimana katanya pekerja swasta (katanya kebanyakkan orang Cina) lebih cekap dan produktif berbanding orang Melayu.

Kata-kata seperti ini disambut baik oleh pelbagai pihak dari Pakatan Rakyat terutamanya DAP kerana ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk berkempen agar orang Cina pula dapat memegang tampuk pemerintahan di Malaysia kerana mengikut pendapat rasis mereka orang Melayu langsung tidak tahu buat kerja. Sedangkan mereka lupa, para pegawai kerajaan Malaysia berbangsa Melayu yang beliau hinakan itulah yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Orang Cina patut bersyukur kerana orang Melayu Malaysia tidak pernah menghalang mereka dari mengumpul kekayaan dan hidup mewah di bumi bertuah ini. Malah kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh para pemimpin UMNO yang berbangsa Melayu merupakan para pemimpin yang beri peluang kepada orang Cina untuk bekerja dan berniaga di negara ini.

Kerajaan dan syarikat-syarikat GLC tidak pernah meminggirkan orang Cina, dan ini dapat dilihat dari komposisi kaum dan pekerjaan. Namun begitu orang Cina pula tidak mahu bekerja dibawah kerajaan dan sibuk mencari duit dalam sektor swasta. Apabila mereka telah senang lenang mereka lupa akan orang Melayu yang selama ini membantu mereka unuk menempa kekayaan di Malaysia.

Setelah lebih 400 tahun dijajah, orang Melayu perlukan masa untuk Merdeka. Kemerdekaan ini bukan sahaja dari sudut fizikal dan politik, tetapi ianya juga harus berlaku dari sudut pemikiran. Sebagai sebuah negara majmuk yang mementingkan harmoni semua kaum, orang Cina harus menghormati orang Melayu dan mengiktiraf hak istimewa orang Melayu. Bukannya mereka menyerang orang Melayu dengan kritikan negatif dan tuduhan liar seperti sekarang.

Buat orang-orang Cina yang berfikiran seperti Dr Micheal Lim, sedarlah segera, sekiranya Melayu itu tiada kualiti, bodoh dan tidak bertimbang rasa, sudah lama orang-orang Cina seperti beliau diperangi dan tidak boleh mengangkat muka langsung.

Sehingga kini, terlalu banyak kutukan dan cercaan yang dilemparkan kepada orang Melayu. Bak kata Datuk J.J. Raj (Bekas OCPD Pagoh semasa serangan komunis di Bukit Kepong) “Orang Melayu ini lain kalau semangat sudah naik, tiada siapa yang boleh halang.”

2 comments:

  1. doktor ni nak tiupkan api perkauman dan menggalakkan lagi orang melayu boikot bisnes cina!

    ReplyDelete
  2. Orang bodoh A Suffian penulis rasis ni...kau pernah baca mana-mana blog cina yang menulis tentang melayu rasis? Kau ni melayu chauvanis betul!

    ReplyDelete