TARIKH PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2 HINGGA 7 DIS 2013

Thursday, September 26, 2013

Hukuman Penjara 15 Tahun Tidak Iktiraf Jalur Gemilang


Kebiadapan pembangkang menghina, memijak dan menukar jalur gemilang  Negara sesuka hati sebagai salah satu mainan politik kotor mereka akhirnya bakal membawa padah. Ini berikutan dengan pindaan undang-undang yang bakal diluluskan di Parlimen kelak.

Menurut  peruntukan undang-undang ini yang terkandung dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibacakan buat kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang Dewan Rakyat menyatakan bahawa  mana-mana pihak yang menggunakan, mengiktiraf serta mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia sebenar boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Selama ini pembangkang telah mempermainkan undang-undang negara. Dengan bersandarkan kepada barisan ahli Majlis Peguam yang tegar menyokong mereka telah memberi ruang dan kesempatan untuk mereka mencetuskan provokasi melampau menghina dan mempermainkan kedaulatan negara dengan “loophole” atau kelemahan ruang yang terdapat dalam undang-undang negara. 

Tuesday, September 24, 2013

Agenda Pemulihan UMNO Secara Total


Kalau lupa elok juga ahli-ahli UMNO yang akan bertanding pada Pemilihan UMNO dari peringkat cawangan hingga ke Majlis Tertinggi (MT) mengingati dan bermuhasabah bagi mengenang keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 dan PRU-13 baru-baru ini.

Apa yang perlu difikirkan oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat, adakah mereka sekadar mahu ahli UMNO memilih dan bukannya memulihkan UMNO yang begitu terkesan akibat kehilangan majoriti dua pertiga dalam kedua-dua PRU.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti, Oktober ini. Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di semua peringkat.

#ST4Jasin Buat Laporan Polis





Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, No 01, Sdr. Jezlee bin Pit telah membuat laporan polis berkenaan usaha jahat beberapa pihak mahu membawa pulang abu mayat Komunis Chin Peng.

Bertempat di Balai Polis Merlimau lebih kurang 60 orang muda dari sekitar Merlimau, Serkam dan Sungai Rambai telah berkumpul seawal jam 9 malam untuk turut sama memuat laporan polis.

Friday, September 20, 2013

Cara Betul Memilih Pemimpin


Pemilihan UMNO pada bulan depan agak menarik. UMNO mempunyai sejumlah 21,078 cawangan yang mewakili 193 bahagian di seluruh negara. Pada tahun ini, UMNO akan menyaksikan satu bentuk pertandingan yang terbesar pernah berlaku dalam sejarahnya.

Kesibukan kini adalah untuk menilai siapakah pemimpin yang boleh disandarkan harapan besar ahli-ahli UMNO bagi membolehkan parti itu terus relevan dan perkasa setelah beberapa perubahan yang dilaksanakan dianggap gagal menterjemahkan semangat perjuangan sebenar, kerana falsafah ‘ketuanan Melayu’ semakin tercabar dengan amalan yang dilihat semakin ‘mengalah’ dengan tuntutan dan desakan kaum lain.

Selepas PRU-13, masyarakat mula memberikan perhatian besar untuk kembali memperkasakan orang Melayu dan Bumiputera, kerana kumpulan ini merupakan tunjang kepada kekentalan semangat cintakan tanah air dan berpaksikan sentuhan primodial berbanding kaum-kaum lain yang lebih mengutamakan keselesaan ekonomi sehingga sanggup melakarkan tindakan nakal mencabar status quo yang sekian lama diterima sebagai faktor pemersatu yang berkesan.

Thursday, September 19, 2013

Idris Haron umum pertahan jawatan MT UMNO


MELAKA 18 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron hari ini menawarkan diri mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini.

Idris berkata, keputusan itu diambil setelah membuat pertimbangan wajar daripada pelbagai sudut serta mendapat nasihat daripada rakan-rakan serta tokoh politik lain.

Menurutnya, beliau menawarkan diri kerana ingin menyumbang bakti dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO, Islam dan orang Melayu yang semakin getir selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).